28 Oktober 2015 - genap hari nie aku 29 tahun. Alhamdullilah untuk 29 tahun ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku kehidupan yang baik di sekeliling suami, keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi :)
Pada setiap tarikh hari lahir, pasti aku teringat pada arwah mak. Sudah 12 tahun pemergian arwah Mak. Kadang-kadang bila tengok cerita tv atau orang bercerita pasal mak mereka, aku jadi rindu dengan arwah mak. Rindu segalanya. Dulu mak suka bebel jugak, boring je dengar. Tapi sekarang bila mak dah takde, mulalah rindu nak dengar mak bebel bercakap je. Terima kasih Mak kerana telah melahirkan Kak Lang dan membesarkan Kak Lang selama 17 tahun. Rindu sangat dekat Mak. Insyallah ada masa nanti, Kak Lang datang ziarah mak. Al Fatihah ~~
Hari nie sempena hari lahir aku, aku ambik cuti tahunan! Yeayyy! Haha! Start tahun nie aku tak nak bekerja pada hari lahir. Nak rehat, nak relax je sepanjang hari nie. Tak nak moody marah kat orang ( obviously I will if aku kerja ), nak tenang je. Tenang sangat kan! Hihi.
Okay. Now nak bersiap pergi renew lesen. Hihi.
Happy birthday to me!
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
al-fatihah buat arwah mak.. lambat lg birthday
ReplyDeletetq for the doa.. haah, lambat lagi birthday siqah. nak hujung tahun dah.. hihi
Deletemoga Arawah mak kak Iqa di tempatkan dikalangan orang2 y beriman.. Amin ya rabbal..
ReplyDelete