Pertama kali aku baca buku sebegini dan aku sangat suka pada perisian yang dibawa oleh Ahmad Damha. Banyak pengajaran dan kata-kata indah yang boleh dijadikan teladan, boleh dijadikan semangat untuk kita teruskan kehidupan.
Antara kata-kata indah dalam buku ini:
• Sesiapa tiada buku di sakunya, maka tiada hikmah di dadanya.
• Bumi mana tak ditimpa hujan, ada masa renyai ada masa lebat. Manusia mana tak terima ujian, ada masa ringan ada masa berat.
• Malang kita tidak berbau. Hadapilah dengan ikhtiar, redha, dan berdoa. Aib kita juga tidak berbau. Tutuplah dengan taubat, kesal, dan berdoa.
• Jangan terlalu sedih dengan ujian, ada hikmah yang tersembunyi yang perlu kita pelajari. Jangan terlalu gembira dengan nikmat, ada bahagian orang lain yang perlu kita kongsi tanda kita mensyukuri.
• Ambillah tugas seorang Da'ie yang berniat baik menyampaikan Dakwah. Sudah banyak Dajal di luar sana yang berniat jahat menyebarkan Dakyah.
• Jangan diremehkan amalan-amalan yang kecil. Kita dah banyak dosa-dosa yang kecil.
• Ramai wanita lebih risaukan jerawatnya di muka, berbanding auratnya yang dibuka.
• Ikatlah nikmatmu dengan syukur. Jika kamu kufur, nikmat itu akan hilang. Hadapilah ujianmu dengan sabar. Jika kamu marah, musibah lain yang akan datang.
• Apa saja pujian, ia hanya layak kepada Allah SWT. Kita makhlukNya hanya layak terima ujian.
• Jangan terlalu meminta apa yang kita belum ada, sehingga terlupa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Selain itu, penulis juga ada membuat pelbagai perumpamaan yang dekat dengan kita kerana digunakan kisah-kisah mengenai kehidupan seharian kita.
Antara perumpamaan yang menarik:
• Serbyk Sabun + Serbuk Kopi
• Indah Bulan di Pagar Bintang
• Sejadah Jadi Saksi
• Tidak Berkurang Sedikit Pun
• Kisah Pak Tua dan Tiga Anaknya
• Six Pack Workout
• Seputih Kertas Setitik Hitam
• Jangan Mudah Kasi Tengok
Fakta mengenai sel otak dan solat lima waktu 🙏
Aku paling sukakan ayat di bawah:
Srikandi Sejati:
Wanita yang memakai cincin setiap hari, tanda dirinya ada suami dan tanda dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang isteri. Dan wanita yang memakai tudung setiap hari, tanda dirinya ada Allah SWT dan tanda dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang Islam.
Maka, status isteri dan Islam akan menjaga maruah seorang wanita selagi dia memakai kedua-duanya dengan baik dan sempurna.
Buku ini sangat menarik. Silalah beli dan baca dan korang akan dapat apa yang aku katakan di atas malah lagi banyak kata-kata yang boleh menyedarkan diri kita. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan adalah tidak elok dan boleh diperbaiki. Kita hanya insan yang lemah di sisi Allah SWT.
Good job to Ahmad Damha! 👍👍
No comments:
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。