Clean and Responsive Blog Templates

instalife

October 10, 2016

Clean and Responsive Blog Templates





Ada saja sebab yang membuatkan aku sentiasa tukar blog template. Dari semasa ke semasa, asyik nak tukar. Ada je benda yang tak puas hati. Sudahnya ini adalah kali kelima aku tukar blog template dan harapnya berterusan lama sikit masanya. 

Aku tukar blog template ini pada 12 September 2016 dan baru sekarang aku nak buat entri mengenainya. Biasalah lambat up entri :D

Blog template aku yang kelima ini, mungkin ianya bukan yang terakhir tapi aku yakin aku akan guna lama blog template ni sebab aku suka sangat. Clean, responsive, dan minimal. Memenuhi citarasa aku. 

Aku beli blog template ini di ETSY. Seperti biasa, laman web kegemaran aku kalau merujuk kepada blog template. Owner template aku sekarang bernama Kate daripada MisteryDesigns dan dia sangat membantu. Banyak perubahan yang aku request dan dia penuhi dengan jayanya. Aku tak kisah untuk belanjakan duit hanya kerana nak blog template yang memenuhi kehendak aku. Hehe. 

Aku pilih template Lewis.


Selepas beli Lewis, ada beberapa perubahan yang aku nak buat. Sesungguhnya aku sangat tak pandai bermain dengan code. Makanya aku hanya request Kate untuk buat semuanya. Kate sangat membantu. Haa aku ulang lagi ayat yang sama. Hihi.

Jom aku bawa korang semua travel dalam blog template aku ye.


Home Page

Home Page with Masonry-Grid-Style. I love the most! 


Categories di menu bar. Ada juga About, Contact pages, dan Social Media. 


Bila korang klik pada satu tajuk, boleh tengok full blog posts dan my sidebar. 

Perubahan yang aku request daripada Kate adalah:

1. All fonts - header, blog posts, blog post title, sidebar.
2. Sidebar - aku request untuk kelihatan seperti Olga template (boleh klik MisteryDesignsuntuk details template)
3. Popular Posts - nak ianya kelihatan seperti My Featured Post.
4. Home page. Tukar seperti Lena templates. 
5. Latest Instagram widget. Aku dah cuba buat tapi masih tak jadi. 
6. Picks For You - want to have 4 other posts instead of 3.
7. Comment Section - to have box for each comments and blogger pictures too.
8. Blog Archive.
9. Automated Recent Posts Slider - seperti Olga template. 

Haa banyak kan? Haha. Punyalah tak tahu nak buat macam mana, request je senang. Suruh je owner buat. Dia lagi mahir. Aku tak suka memeningkan kepala. Buang masa. Hihi.

Aku sangat rekomen template daripada MisteryDesigns. Semua blog template MD adalah clean, responsive, dan minimal. Aku suka sangat! Tambah lagi, ownernya, Kate, sangat baik dan membantu. Korang cakap je masalah dengan dia, confirm dia tolong. Haa satu lagi, Kate orangnya sangat pantas. Pantas bagi respon kepada soalan aku dan pantas juga edit blog. Jadi tidaklah blog berada dalam keadaan "in progress" untuk jangka masa yang lama.

Habis sudah cerita pasal my latest blog template. Aku nak berkongsi blog template yang pernah aku pakai dulu. Semua template daripada ETSY. 

1. PURE CANDY by Vefio Themes



2. MEGHAN by LucaLogos


3. AURAY by BloggerTemplate


4. VIOLIN by Vefio Themes

Apa pendapat korang mengenai blog template baru aku? Okay ke? Kalau ada idea untuk memantapkan lagi blog ini, bolehlah berkongsi pendapat =)

22 comments:

  1. cantik template yg ni. akak pun suka dengan template etsy jual tu.

    *by Amy Hilmirda Daud*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak :) Template kat ETSY semuanya cantik. rambang mata jugak nak pilih haa.

      *copy balik komen sebab entri asal dah ter-delete*

      Delete
  2. Lawa n minimalis dh ni siqah :) loading cpt je :) itu paling penting and oh satu lg, ada mobile view. Stengah blog tkde ; jenuh mek nk komen..

    *by Ayunie Ramli*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa bab loading cepat tu yang siqah suka. Hehe. betul mek, blog yang takde mobile view, jenuh kita nak komen. Nak kena betulkan page segala.. Tambah lagi kalau ada letak yang robot tu..lagi berganda-ganda jenuhnya..

      Delete
    2. *copy balik komen sebab entri asal dah ter-delete*

      Delete
  3. Reen rasa Siqa lebih banyak keluar duit beli template dari Reen. Heeeee :D Reen beli template paling mahal pun rasanya yang Vifio. Gitu eh ejanye..? Lupa pula. Yang lain semua rm20 lebih. Fuh. Reen tak leh nak tukar template lagi sebab ada code yang dah di adjust untuk secure blog. Kalau tukar juga, kena upah untuk buat semula.. Jari jemari ni geram je tengok template yang ada dalam Etsy. Sabar.. Sabar.

    *by Reen Johari*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Reen tepat sekali jangkaan itu. Rasa memang siqah lagi banyak keluar duit hanya kerana template. hihi. Vefio Themes dear :)

      Wahh siap ada secure blog eh.. Siqah tak tahu pun pasal secure blog ni. Kalau bab code memang lemahlah. Sudilah kiranya reen terangkan serba sedikit mengenai secure blog dan di mana reen upah semua?

      Kan.....Template kat ETSY semua lawa2. Geram dan ambik masa yang lama nak pilih yang mana. hihi

      *copy balik komen sebab entri asal dah ter-delete*

      Delete
  4. singgah sini membalas kunjungan pagi..ok la nie dear..clean cantik je..kemas je..

    *by Nieyl*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nieyl :) Glad you like my new template :D

      *copy balik komen sebab entri asal dah ter-delete*

      Delete
  5. Saya suka main dengan coding blog tau. Tapi untuk beli template, takde lagi dalam list. Sebab? Sebab suka sangat ubah sana sini. Nanti bila beli, membazir je bila dah tuan blog sendiri dok gatai alter sana sini.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainyaaa gee main dengan coding blog. Siqah serius angkat bendera putih kalau bab coding. Sebab tu no choice beli je template dan suruh owner edit. Hihi. Keep it up gee dalam main coding blog.. nanti boleh ambik tempahan edit blog pulak :D

      Delete
  6. nice! saya okay je selagi entri senang dibaca..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan.. yang penting entri kita biar mudah dibaca. Itu juga tujuan blogging kan. Nak share with others :)

      Delete
  7. semua theme include yg previous pun cantik..tp elakkan tukar theme kerap sangat dalam tempoh masa singkat...boleh bagi effect jugak pada seo blog-if xkisah psl seo..takde masalah nak tukar theme byk kali pun..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ciktom for the advise. Serius siqah tak tahu pun pasal kerap tukar theme boleh bagi kesan pada seo. Kalau niat nak tukar mai tukar je. Hihi.

      Pasni tak tukar dah. Kalau tukar pun ambik masa yang lama kot. Sayang template sekarang :)

      Delete
  8. Your blog is so clean and neat! Jealous! Haha. Akak teringin jugak nak beli template sebab xpandai coding. Cuba sikit2 je tapi pening kepala -_-

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kak janganlah jeles. Akak pun boleh buat blog kemas jugak :) Siqah memang dah angkat bendera putih bab coding. Tak retilah kak, pening kepala buat 😢 itu yang beli template je. Hii.

      Delete
  9. Cantik.. tenang je tengok. tak serabut.

    ReplyDelete
  10. Rabia disebabkan kerap tukar template sampai tak boleh add widget kt blog ni..sedih ni

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife