Gelabah! Serius tadi aku gelabah! Tak tahu nak buat macam mana. Kisahnya aku delete entri blog dalam draft di aplikasi BlogTouch Pro. Dan sangat tak sangka rupanya walaupun aku delete entri draft, entri yang sudah di-publish pun ter-delete jugak. Selama nie aku delete okay je. Entah kenapa hari nie nak jadi.
Aku terus Google cara untuk dapatkan kembali entri blog yang hilang dan Alhamdullilah aku jumpa jugak caranya. Terus masa tu rasa hati tenang kembali. Degupan jantung kembali normal. Melampau pulak reaksi ek. Huhu. Nak buat entri dahlah payah, bila dah siap buat, boleh hilang pulak. Kalau buat entri baru pun dah tak sama ayat dan perasaannya :(
Caranya mudah je. Aku berkongsi dengan korang pula ye. Tak naklah entri korang pun ter-delete atau hilang tapi manalah tahu kalau terjadi pada masa akan datang. Pesanan untuk aku jugak ni.
Cara untuk dapatkan kembali ENTRI yang hilang:
1. Go to www.google.co.id
2. Taip link blog dan diikuti dengan tajuk entri yang hilang. Tajuk mesti sebijik sama tau.
Dah hilang macam mana nak tahu tajuk entri ye tak? Aku nak berterima kasih kepada rakan blogger yang ada komen di entri yang asal. Aku lihat tajuk penuh entri yang hilang itu di ruangan komen. Thank you korang =)
3. Kalau entri itu masih ada, right klik pada anak panah kecil di tepi kanan (seperti gambar di bawah) dan klik cache.
4. Detail entri yang hilang akan muncul dan boleh di copy paste pada new post blog.
5. Publish dan DONE!
Selepas publish entri, aku copy paste pula komen daripada rakan blogger pada entri aku yang hilang. Gigih copy paste tau. Tak nak hilangkan komen. Terima kasih semua =)
Itu saja caranya. Mudah kan? Walaupun mudah, harap tiadalah terjadi lagi perkara ini. Mujur jugak ada laptop bos suami nie. Boleh jugak nak pinjam. Kalau tiada laptop, dah kena pergi CyberCafe pulak dah. Alamak! Sebab cara ini tidak boleh dilakukan dengan menggunakan phone. Faham sendirilah ye.
Patut la mek tgk dua kali naik kat dashboard. Naseb baik sempat d selamatkan :)
ReplyDeleteHuhu. Itulah pasal mek. Mujur sempat diselamatkan :)
Deleteuih kalau tajuk entri tu panjang berjela mahu meroyan nak igt balik :') Anywayy yay if happen boleh la guna tutorial ni. thankyou!
ReplyDeleteHehe. kan ain. pengajarannya di sini, tajuk entri biarlah berpada. tak payah panjang sangat. hihi. Welcome dear. Hope tak jadi pada awak tau :)
Deletenasib baik boleh recover balik semua entry yg hilang tu. kalau saya jadi macam ni pun seram..
ReplyDeleteSeram kan mazni.. dahlah nak siapkan satu entri pun payah. nie pulak hilang. mujur boleh dapat balik.
Deletelela pernah terdelete entry bnyk2. gelabah gile. try buat mcm2 care, tak dapat jugak. lepas tu terpaksa redho je laa. nak buat macam mana lgi
ReplyDeleteSayangnya lela banyak entri hilang dan tak boleh recover. Kalau blogger, entri itu ibarat seperti nyawa. hilang memang rasa gelabah. Siqah baru hilang satu entri je dah gelabah semacam, apatah lagi lela :(
Deletecamna boleh terdelete? btw, thankgoodness dapat balik . :)
ReplyDeleteTerdelete kat apps :( Itulah, mujur dapat balik..happy!
DeleteFuh nasib baek..
ReplyDeleteSentap gak jantung bila baca tajuk tadi..
Nanges tak berlagu kalo betul2 tak dapat balik.. T__T
Nasib masih baik kak long :)
DeleteMemang nangis tak berlagu kalau tak dapat balik. nak tulis balik yang malas nanye dan semangat dah tak sama.
mau nngis jgk kalu jadi tuh kan... nsb lah dpt di cari semula
ReplyDeleteKan kak.. huhu. jenuhlah nak buat entri yang sama balik. dan mesti tak sama dah.. huu
DeleteHaaa, thanks for the tips Iqa. Lama jugak saya carik info pasal nih.
ReplyDeleteMemang gabra lah bila entri terdelete, dah banyak kali rasa dah. Huhu.
Welcome gee :) Banyak kali dah terdelete entri ke. alamak.. sayang kan hilang camtu je. ingat senang ke nak tulis satu entri.. hope tak jadi kat kita dah lepas ni..
DeleteHahaha, alhamdulillah dapat balik. Menangis tak berlagu laa kalau hilang tak dapat balik.
ReplyDeleteSerius.. memang menangis tak berlagu kalau tak dapat. huhu. Alhamdulillah dapat :)
DeleteAlhamdulillah selamat !..klo sy mesti lg kalut agaknya..haha
ReplyDeleteKak siqah komen hilang pun blh dpt balik kan..
ReplyDelete