Mission Failed for 12KM

instalife

October 05, 2016

Mission Failed for 12KM

Aku malu dan segan untuk buat entri ini. Rasa nak menyorok dalam almari. Niat di hati tak nak cerita tapi ini adalah blog peribadi dan ianya adalah satu perkara yang terjadi dan patut aku akui dan ingati. Walaupun kalau boleh nak lupakan :( 

Here we go! 

Satu entri yang memalukan diri sendiri. 

Seperti yang semua sedia maklum, jika korang adalah followers aku atau pernah baca mengenainya, aku ada join satu larian yang diberi nama Orchid Run and Ride 2016 pada 25 September 2016. 

My T-shirt and Bid
 
Aku sangat excited masa daftar larian ini 2 bulan lepas. Sebab sangat teruja untuk lari selepas larian pertama aku dalam Standard Chartered KL Marathon 2016 pada bulan Ogos yang lalu. 

Tapi sayangnya, keterujaan hanya semasa mendaftar. Huhu. Pada hari kejadian, aku tak habiskan larian. 

Aku hanya lari 7KM instead of 12KM. Demotivated! Mungkin kerana aku sorang je berlari masa tu.  

Sebab apa aku sorang? Aku lambat semasa flag off. Sepatutnya larian 12KM patut flag off pada jam 7 pagi. Tapi aku flag off pada jam 7.40 pagi. 

Lambat. Sangat lambat. Disebabkan itu juga, aku sorang yang berlari. Kami berempat (aku, Syira, Nadiah, dan Nana) flag off sama tapi berlari ikut kemampuan masing-masing. 

Obviously, aku paling lambat.

Dah lari 2KM, salah seorang crew kata "kalau tak larat boleh melencong di sini. Jadi awak tinggal 5KM saja untuk lari"

Sedang aku berfikir, datang pula seorang polis. Dia agak menakutkan dan membuatkan motivasi aku down jugak. Katanya,"kami buka jalan jam 9.30 pagi, kalau awak tak boleh habiskan larian sebelum masa yang ditetapkan, kami masih buka jalan untuk umum. Hari ni Ahad tau dik"

Aku terus terdiam. Masa tu, jam menunjukkan angka 8.30 pagi dan aku sedar kemampuan diri. Aku tak akan mungkin habiskan larian yang berbaki lagi 10KM sebelum 9.30 pagi. 

Dan disebabkan itu, aku terus melencong dan ikut jalan yang hanya tinggal 5KM. 

Dan aku menghabiskan larian pada jam 9.30 pagi. 

 
Aku masih dapat finisher medal 12KM bersama bunga orkid. Tidak teruja dan gembira mendapat medal dan bunga orkid yang cantik. 

Rasa down. Serius down! Sambil salahkan diri sendiri kenapa aku melencong? Sambil salahkan diri sendiri kenapa aku lambat flag off? Dan itu menyebabkan aku tidak bersama dengan mereka yang lari 12KM. Tidaklah lari sorang-sorang dan feel demotivated. 

Kesimpulannya, lepas ni, aku berjanji dengan diri sendiri, bahawa aku akan sentiasa awal dan flag off mengikut masa yang ditetapkan.

Perkara berlalu biarkan berlalu. Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang. 

Dah habis cerita mengenai kegagalan aku, jom layan gambar pulak. 

Walaupun aku tak habis lari, gambar masih ambik beb! Hihi. 

 
Kami adalah gadis yang sentiasa buat hal masa flag off. Haha. Tahniah korang sebab berjaya habiskan larian 12KM. Good job! 

Disebabkan aku skip, makanya aku orang pertama sampai ke finish line. Orang kedua sampai adalah Syira. Dan sedang kami menunggu Nadiah dan Nana, tetiba terdengar suara Noh Salleh. 

Terus berlari ke arah stage untuk melihat Noh Salleh. Yeayyy! Excited! Lupa terus pasal aku tak habis lari tadi. Hee. 

 
Noh Salleh yang sedang menyanyi dalam hujan. Hihi.

 
Lepas habis satu lagu, Noh panggil audience untuk datang ke depan. Dan ini gambar aku snap setelah duduk di atas tangga. Dekat dengan Noh :) 

Suara Noh best sama macam yang didengar di radio. 6 lagu kot dia nyanyi hari tu. Noh pun mesra alam dan kelakar orangnya :p 

Dah habis tengok persembahan Noh, kami berempat pergi sarapan di Subway KLCC. Konon lepas lari takkan nak hentam roti canai. Lagipun mana nak dapat roti canai dalam KLCC. Hehe. Lepas makan, pergi tapau apa yang patut, dan terus balik.

Jam 12.30 pm aku sampai rumah.  

 
Barang Petronas yang semua runner 12KM dapat. Aku paling suka payung! 

Aku tak sakit kaki kali ni. Sebab lari pun main-main je. Jadi tak payah nak urut kaki. Lega di situ. Sakit ooo urut! 

Sekian saja cerita memalukan diri sendiri. Haha. Mungkin aku tak sertai larian lagi untuk tahun ini. Tahun depan, 2017, akan dimulakan kembali aktiviti berlari.

Dan moga tidak berlaku lagi kegagalan menghabiskan larian. 

"Don't Make The Same Mistake Twice"

24 comments:

  1. 5km pn tak pe la. At least dekat sparuh :) and thniahhhh mek mmg tk lawan la bnda bnda cm ni :)

    ReplyDelete
  2. masih ada lagi next time! hihihihi...

    ReplyDelete
  3. aina nak daftar tapi da closed! kalau tak kita da jmpaa dkt sini. hehehe xpe dear, cuba lg tahun dpn jom. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jom aina, kita jumpa kat sini tahun depan eh =)

      Delete
  4. tahun depan agak2 bulan berapa ehh :D hehe

    ayah sy suka sangat payung petronas ni. dulu selalu isi minyak petronas pastu boleh kumpul point dpt redeem payung. tapi payung selalu takde stok. sampaikan pergi petronas negeri lain pun takdeee T_T haha tapi end up dpt la 3 payung redeem sekali terus.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure bulan berapa hanis. sebab tahun depan tak kuar lagi segala event larian. Nanti dah tahu bulan berapa, siqah bgth hanis okay. boleh join sesama :)

      Bersungguh ayah hanis nak kumpul payung petronas. hihi. Sekali dapat terus 3 haa. puas hati ayah :D

      Delete
    2. sure, please do :D hehe kalau kite kat malaysia, would love to join :D

      hanisamanina.com

      Delete
  5. tak apa kak dapat medal tu kira okay laa. lepas ni boleh usaha lagi. mane tahu dapat medal emas pulakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Medal emas kena masuk olimpik lah camni =D

      Delete
  6. kagum dengan sapa yang join program camni. tahniah sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOb sob.. thanks dear. walaupun tak habis sis lari aritu :(

      Delete
  7. whoa 12km? sy 2km pun tak lepas huhuhu. yg penting siqa enjoy and be part of the event! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy! Enjoy tambah lagi bila ada NOh. hihi. Thanks dear bagi semangat/.. Tak nak ulang dah next time. huhu

      Delete
  8. Teruskan utk thn depan plak, yeh..caye bole la kalu tkde baby lagi, haha..yelah, mane tau kan.
    Jangan marah ye Siqah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Thank you so much kak for doa :) Siqah tak marah pun, Lagi suka adalah. Ada orang lain tolong doakan untuk siqah. Hihi. Insyallah, one day kak. Sentiasa berusaha dan berdoa padaNya :)

      Delete
  9. Haish idoklah memalukan diri sendiri.
    At least awak aktif, mahu juga layan lari-lari ni apa semua.
    Sedangkan saya masa duduk KL, mana pandang semua ni.
    Asyik dok kerja je tak ingat nak enjoy.
    Sekarang, bila tengok aktiviti awak buat saya rasa menyesal pulak.
    Hak3.

    Congrats tau, at least dapat juga habiskan larian.
    That medal is for the brave life you have. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww ~ Thanks dear for the lovely words =) Terubat sikit luka di hati yang tak habis lari nie haa. huhu.

      Tak perlu menyesal gee. masih belum terlambat nak join.. Bawak sekali semua berlari. ramai geng lagi best. Hihi.

      Delete
  10. 5 km tu pun dah banyak dah... kalau akak awal-awal lagi dah pancit.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  11. Hehehe tak pe la.. Tapi tetap habiskan jugak kan larian tu... Kire ok la tu siqah.. Siap dapat medal lagik.. Terbaik..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife