RockStar Theme Dinner : #15rockingyears

instalife

October 03, 2016

RockStar Theme Dinner : #15rockingyears

Let's ROCK! 

Haha. Tak memasal nak jadi rockers pulak! 1 Oktober 2016, Sabtu lepas, syarikat aku bekerja ada annual dinner company bertemakan ROCKSTAR! 

Bila tahu tema rock, aku jadi blur tak tahu nak pakai apa. Biasanya setiap kali dinner, aku lemah kalau bab fashion. Yang aku tahu mengenai rock hanyalah jeans, tshirt, dan jaket. 

But still I don't want to spend more on my outfit. Aku hanya beli t-shirt dan jaket jeans yang berharga kurang daripada RM100 di Berjaya Times Square. Ohh I love BTS cuma nak pergi sana yang malas. Kali ni, encik suami mencemar duli nak tolong bawa ke BTS :D

Flatlay #ootd
 
Aku padankan t-shirt dan jaket jeans dengan jeans biru Uniqlo, beg tangan Charles & Keith, shoes from Vincci, grey KL Duck City shawl from Duckscarves, dan rantai gelang merah. Itu semua yang aku dalam wardrobe. Guna jela apa adanya. Hee. 

Dan.. dan.. buat pertama kalinya datang dinner kali ni nak mekap! Hehe. Aku ambil mekap daripada MUA Fatin Alwani. Aku suka hasil seni tangan Fatin on my face. 

Hasil seni tangan MUA
 

 
I love my eyeshadows so much! Kawan-kawan pun tegur pasal mata aku yang blink-blink. Hee. 

Kalau korang berminat, boleh dapatkan khidmat daripada MUA Fatin Alwani okay. Her IG as below :) 

 
Outfit done! Mekap done! Mari bercerita mengenai event pulak :) 

Annual dinner ini diadakan di MIECC. Sama tempat seperti tahun lepas. Dewan MIECC sangat besar dan mampu menampung sehingga 2000 pax. Tempat parking pun banyak. Jadi tak perlu risau.  

The Admission + Lucky Draw Ticket


Semangat tiap tahun datang dinner hanya kerana lucky draw. Cuma aku tak pernah bertuah :( Sempena tema Rockstar tahun ni, tiga hadiah utama lucky draw adalah pakej percutian dan penginapan di Hardrock Hotel di Ibiza, Pattaya, dan Bali. Menarik sangat terutama Ibiza. Tapi sayangnya, semua hadiah lucky draw, tidak menjadi hak milik aku. Macam biasalah. Hihi. 

The Doorgift

 
Suka gelang tangan yang diberi. Boleh pakai lagi lepas ni sebab tiada nama company tertulis di situ. Hee

Menu
 
Makanan biasa je. Dessert jela yang okay sikit. 

Dessert
Aku makan yang dalam bekas kaca itu saja. Maklumlah orang kampung, tak reti makan yang pelik.  

Jom layan gambar pulak. Biarlah gambar berbicara :D

Entrance 
 

 
#siqahootd :D *tak tahu nak pose camne*

Geng Makan in rock mood 
 

 

Geng Makan band. Haha! 
 

 
Tak sempat ambil gambar kat sini. Ramai orang.

 

Selain daripada lucky draw, hehe, Jaclyn Victor is the highlight for the night! Best gila performance dia. Suara dia usah katalah. Sama macam kaset. Serius mantap! Yang paling best bila Jaclyn menyanyikan lagu Gemilang dan kami menyanyi bersama. Macam dalam konsert pulak : D 

Lastly, 

Love this picture so much! 

Our Wefie! 


Sekian saja cerita mengenai Rockstar Dinner! Yeayyy! 

Thank you for the organizer. You guys did a great job! I love everything especially your grand stage! 

Till we meet again next year 。^‿^。

40 comments:

  1. Aah lah lupa nak letak gambar wefie tue .. nak edit entry jap hihi

    ReplyDelete
  2. masa tgk gmbr berempat tu kt blog nadia tak perasan pulak kanan sekali tu siqah hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. adakah mekap telah menyebabkan erin tak perasan siqah? :D

      Delete
  3. cntik giloss! bestnya even cmniee..gns kott muka sis.seram tgk.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Setahun sekali je mas. mujur tahun nie tema dan event best. hihi. Hahah. Ala tak payah seram dah eh.. masa ambik gambar je muka gitu. kiki.

      Delete
  4. bestnyaaaa! Nampak macam meriah sangat dengan theme dia lagi. Siqah cantik btw! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sure meriah dear :) Setahun sekali je nak merasa. Hee. mekap yang buat farhana cakap camtu nie. Hehe. btw, thank you farhana :)

      Delete
  5. wahhh... bagus juga ni produk yang ditampilkan

    ReplyDelete
  6. Wow ! Rock habesss :) bestnya doorgift pon dh boom :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee.. Rock sangat :D Kan suka doorgift.. Menarik :D

      Delete
  7. wow akak rockkkknyaaa . blinl blinkk ^-^

    ReplyDelete
  8. siqah satu ofis ngan nadia ke..huhu....patutlah entry nadia ada mcm rockstar juga..bytheway u look gojes darl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah irda. Siqah dan nadia satu ofis. Hehe. Sebab tu kalau event, entri sama je. Kiki. Thank you dear :) Kuasa mekap nampak kan di situ :D

      Delete
  9. Gilessss ar siqahh.. U R Rockk babe..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lea tak seram dah kan tengok siqah sekarang? :p

      Delete
  10. waaaaa meriahnya dik dinner company awak tuh....

    nampak lain terus dh siap makeup gaya rockstar tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah akak.. okaylah daripada tahun lepas. Hee. Kan kak! Mekap memang boleh ubah terus muka. Suka 😊

      Delete
  11. wahhhh ni memang rock habis dah niii.cayalahh

    ReplyDelete
  12. wowww! rock sangat. hehehe btw cntik shawl siqah. doorgift pun awesome =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Rock masa ambil gambar je 🙈 thank you aina. Siqah pun suka doorgift. Lawa 😍

      Delete
  13. Tak reti pun but you can still rock the rockstar theme! Hehe. Cantik babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terpaksa jadi rockers sekejap 😅 thank you dear =)

      Delete
  14. meriahnye! and ur make up soooo cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you e'in. Tak sia-sia upah orang mekap kan muka kita 😍

      Delete
  15. aku suka tema mcm ni..nampak stylo semua orang...
    kemain grand lagi korang punya dinner...
    best la..

    aku pun sama siqah oiii, selalu bernasib malang dalam lucky draw...hahaha...

    anyway, u look so gojes my dear!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang excited kak tiap kali pergi dinner. Haha. Kita boleh jadi geng kak. Geng tak bertuah saja dalam lucky draw. Haha.

      Thank you kak =)

      Delete
  16. va..va..vaaaa..
    kemain Shiqah. rock beb.

    heeee.. cumel je lah org muda kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rock kejappppp je :D Tak lah muda kak. Dah 3 series pun tahun ni 😅

      Delete
  17. first, memang gempaklah dinner korang dengan mekap pon dah ala-ala kumpulan rock dah. tunggu masa nak sign kontrak jadi artis je. =D
    second, apa mende yg menjulur kat atas pinggan tu? hehe :P
    third, kasut jaclynn pakai sebelah je ke acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi artis, Gee mesti beli album ktorg tau. Hahaha.

      Haa yang menjulur kat pinggan tu adalah biskut. Tak tahulah camne dorang leh buat jadi gitu.

      Snap gambar jaclyn masa dia tengah cabut kasut. Habis satu lagu, dia terus cabut kasut. Lagi selesa nak melompat. Rock kan =D

      Delete
    2. InshaAllah saya beli. Sokonglah produk buatan Malaysia, gitu? Hehe.

      Apakah pelik bebenor rupa biskut tersebut? Takpelah, dah selamat masuk perut, kan? Abaikan saja. ^_^

      Ingatkan tertinggal kasut kat belakang pentas. Hihi. Ini style Elyana juga nyanyi atas pentas tak pakai kasut. ^_^

      Delete
    3. Pelik kan rupa biskut tu. Nanye siqah tak makan habis pun. Rasa segigit saja. Tak mampu nak makan benda pelik gitu. Hihi.

      Haah elyana pun nyanyi tak pakai kasut kan. Dah lama tak dengar pasal dia.. suara dia sedap jugak :D

      Delete
  18. Siyes lain daaa muka...haha...tp totap gojes....lama da taak attend dinner dinner ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dah gemuk sekarang 🙈🙈 Gambar tu tahun lepas =D

      Delete
  19. Woahhh rock o sgt...
    Mmg kena makeup dgn tema rockstar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi 🙈 bersungguhlah upah mekap sebab kalau mekap sendiri, tak tahu jadi apa 😆

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife