Assalamualaikum dan hello semua :)
Apa khabar? Sibuk bekerja pastinya kan hari ni? Ada sesiapa yang cuti lagi ke? Biar betul ni. Hehe.
Aku nak sambung cerita hari raya kedua pula. Cerita hari raya pertama boleh baca dalam ENTRI INI.
Pada hari raya kedua, aku hanya duduk di rumah. Biasalah jadi orang dapur kan. Rajinlah konon kat rumah mentua. Haha! Eh, memang rajin okay :D
Malam hari raya kedua, ada majlis sambutan hari jadi dan berkumpul sanak saudara keluarga suami di rumah Tok Mak. Aku ditugaskan untuk masak spageti. Terkejut weii! Nak masak untuk ramai orang. Tak pernah buat pun.
Teruslah aku, Kak Long, dan Ekin pergi ke Econsave untuk membeli barang dapur. Bila sampai rumah, aku terus mulakan misi memasak sambil dibantu oleh Kak Long dan Ekin.
Pendek kata, walaupun kuah spageti aku masin, haha, terlajak letak garam. Geram sebab asyik tawar je. Sekali aku tumpahkan garam terus. Muahahaha! Mujur kemasinan itu dapat dibetulkan oleh Kak Long. Jadilah tak masin, baru boleh dihidangkan dengan hati yang gembira. Sanak saudara makan dan cakap sedap. Kira luluslah tu. Hehe.
Aku sibuk memasak di dapur dan suami sibuk rakam video di luar. Sampai disuruhnya aku untuk tukar baju raya sebentar semata nak ambil gambar. Alamak! Aku pun menurut perintah dan terus tukar baju raya kejap.
Layan gambar kami pada hari raya kedua pula :)
#siqahOOTD
Suka sangat baju ni. Aku suka warna pastel dan ada sedikit lace diletakkan. Baju raya dan tudung daripada Ariani. Baju nampak tak iron di situ sebab sesungguhnya memang aku tak iron. Hahaha!
Lagi gambar kami berdua. Kali ni gambar disnap oleh Kak Long. Gigih Kak Long jadi photographer :D
Riang ria di hari raya
Selesai bergambar. Tak sampai 30 minit pun. Masa ni hari pun dah gelap sebab nak Maghrib. Takdelah gambar banyak sangat boleh diambil jika kurang pencahayaan. Sebab kalau cahaya kurang, gambar tak cantik. Huhu. Bolehlah daripada tiada langsung kan.
Akhir sekali, seperti yang aku cakap dalam entri Time Freeze Video >> boleh baca DI SINI Suami buat video time freeze sempena raya tahun ni. Dia sangat gigih rakam dan edit dalam hari yang sama. Siap ada dua versi video.
Suami lagi semangat bila semua orang memberi kerjasama yang bagus. Semua excited nak berlakon untuk video. Hehe. Keluarga suami memang suka melayan. Kerjasama tip top!
Lagu yang digunakan untuk video adalah lagu Korea, Mamacita by Super Junior. Tak jadi guna lagu remix raya. Tukar lagu Korea lagi menarik nampaknya.
Jemputlah korang tengok video "Time Freeze " untuk hari raya 2016 di bawah ye. Sepenuhnya dibuat oleh suami aku. Korang boleh juga bagi feedback yang membina. Boleh suami aku pertingkatkan lagi daya usaha untuk buat video. Videographer suka kalau orang komen video yang dia buat. Untuk penambahbaikan di hari akan datang.
Berkongsi cerita dan pandangan, kan bagus tu :)
Selamat menonton :)
First Version
Second Version
Till then,
Love,
Reen suka yang 2nd version.. Tak laju sangat. Tak pening tengok.. Hihihihi
ReplyDeleteHehe. Tq reen for the feedback. Personally, siqah pun lebih sukakan yang 2nd version. Tenang je melihatnya kan. Cuma yang 1st version, lebih ceria sesuai dgn lagunya. Hehe
DeleteHihihi aa tenang..
DeleteHihihi Siqah.. Macam mana nak buat video time freeze ni ya..? Complicated tak nak buat..?
DeleteTak complicated pun reen. Masa reen nak rakam video tu, pastikan semua orang freeze. Tak boleh gerak langsung. Kelip mata pun tak boleh. Pas dah rakam, edit guna iMovie atau apa saja aplikasi, cuma fast forward atau slow-mo kan mana2 part yang nak. Yang paling penting orang kena freeze je. So kerjasama amat diperlukan 😊
DeleteHihihi gitu rupanya.. 😂😘
Deletelawa baju..suka kaler tu..
ReplyDeleteHigh 5! Lawa pastel color 😍
Deletewahh seronok jugak raya siqah tahun ni yek.. Meriah jerk lea tgk.. hehe
ReplyDeleteAlhamdullilah lea. Pertama kali beraya rumah mentua. Alhamdullilah semuanya okay dan meriah 😍😍
Deletedya pun ada buat video freeze tapi sedih ada plak part yg sedara2 ni gerak..hehe..suka tgk pic yg last..cantik
ReplyDeleteDya boleh cut babak yang gerak tu kot. Cuma susah sikitlah nak cut betul2 part yang gerak je kan. Takpe2, boleh cuba lagi nanti buat. Menarik juga time freeze video camni :)
DeleteThanks dya :)
rajin sgguh suami tu ye..heheh.
ReplyDeletecntik bju gitu.yui suka gak pastel
Hehe. Suami siqah rajin buat video. Tambah lagi kalau ada orang sporting nak dijadikan model. Hehe.
DeleteCantik kan color pastel. Siqah pun suka 😍
Bestnya ada org tolong amekkn gambar. Lawo2 plak tu.
ReplyDeleteHee. Mujur ada orang nak melayan bergambar ek 😁
Deleteamboiii berphotoshoot kalah pengantin baru ;-)
ReplyDelete🙈🙈 Pengantin baru lagi hebat anies. Kita suka-suka je bergambar 😁😁
Deletebestnya suasana kampung tu siap ada pelita.
ReplyDeletedapat masak2 rumah mentua dan dapat pujian tentulah gumbirakan. sama macam akak
Kan kak AA :) Suka bila beraya di kampung. Pelita menambahkan semangat nak beraya. Hehe. Alhamdullilah. Mujur masakan boleh dihidangkan pada yang lain. Sesekali je masak. Hehe.
Deleterajin nya menantu mithali nih...
ReplyDeleteakak arini baru mule keje tau hehehhe.. raya sakan konon nya
cantik gambar last yg ngn moto tuh...
Haha. Rajin sangat :p
DeleteWahhhh ~ bestnya akak baru start kerja hari ni. Cuti sakan na raya tahun nie. Best best best!
Hii. Thanks kak. Tq pada photoG gambar tu juga :h
cantiknya pelita.
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.
Ayah mentua semangat pasang pelita kalau hari raya. Hee.
DeleteSelamat hari raya juga awak. Maaf zahir batin :)
Masih ada punjut pelita tu....bestnya. Barulah nampak suasana Rayakan Siqah.
ReplyDeleteHihi....nasiblah ada Kak Long tolong menyelamatkan keadaan ek....
Selamat Hari Raya maaf zahir batin ye Siqah...
Pelita sinonim dengan hari raya kan mak. Seronok main bunga api dengan pelita. Hehe. Memang mujur ada kak long selamatkan siqah. Dah buntu nak buat camne nak betulkan rasa masin tu. Hehe.
DeleteSelamat hari raya mak sekeluarga :) Maaf zahir batin :)
selamat hari raya dear!!
ReplyDeletecantik2 gambar photoshoot tu...
Selamat hari raya kak wahida :)
DeleteThanks kak.. Tq to photoG juga. Hehe
Ya Allah Siqahhhhhh...
ReplyDeleteTerrornya somi siqah edit bagaiiii video ni..
gambaq2 pun cantik2 belaka...baguslahhh..suka tgk..
keep it up!!!
Terima kasih kak hidayu :)
DeleteSuami siqah suka bab video dan gambar. Dia lebih kepada video sebenarnya sebab suka kan tengok live orang :a siqah tumpang suka je. Hehehe.
wahhh cool nye video kiter sukaaaaaaa :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Siqah
Thank you ana for the feedback :) selamat hari raya jua untuk ana dan keluarga :)
DeletePandai korang pilih tempat bergambar.. lawa hasilnya.. baju raya siqah pun lawa tu. Sweet sgt
ReplyDeleteKat kampung, so suasana kena kampung lah. Entah mana je pergi bergambar tu. Hehe. Tq to Ariani yang hasilkan baju raya sweet gitu :a
DeleteLawa gambar..video pun sempoi..yg 1st version better than 2nd sebab lagu dia rancak kot.hehe
ReplyDeleteHehe. Thank you Kak PK for the feedback. 1st version video, dengar lagu je dah teruja kan? Hee
Deleteselamat hari raya:)
ReplyDeleteSelamat hari raya EN :)
Deletemmg cantik! lya suka akler pastel mcm ni..soft n tenang je..
ReplyDeletepic cantik sgt!!!
mmg meriahlah
High 5 lya! Yeayy! Suka kan color pastel. Cantik dan lembut je nampak :) alhamdullilah, raya meriah :a
Deletecantik gambar tu..pandai amik..hehe :)
ReplyDeleteHehe. Tq to Kak Long dan Suami yang ambilkan gambar :)
DeleteSelamat Pagi...
ReplyDeleteamboi..sempat lagi tu...
Selamat petang nieyl :)
DeleteSempat je bergambar di hari raya. Hehe.
macam slow sgt le pulak video ke-2 tu. pandai diorg berlakon..
ReplyDeleteHehe. Kan.. Video ke2 lagi slow dan nampak jelas apa yang dilakonkan.. Dorang memang suka berlakon. Suruh apa je, kerjasama terbaik. Hehe.
DeleteGambar korang berdua tika waktu gelap tu memang cantik sesangat. Kalau buat poster or kad, memang lawa and bersesuaian.
ReplyDeleteNisa dah bagi idea ni untuk buat poster atau kad raya.. Tapi tahun depan lah. Agaknya valid lagi ke tak? Hehe.
DeleteTq nisa :a
seronokknyaaaa :) gambor last paling lawaaa!
ReplyDeleteHehe. Tq mek yuni :)
Deletedik, nice pics taken!
ReplyDeletekreatif. sporting!
hehe. thank you aida :a
DeleteHAHAHA kucing pun pandai freeze!
ReplyDeleteHihi. Kuat pegang kucing tu :D
Delete