Salam Aidilfitri 2016

instalife

July 04, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Bagaimana persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi? Sudah siap kah semuanya? Dah packing barang nak balik kampung? Atau korang semua dah balik kampung sebenarnya ni? Hihi. Bestnya dah balik kampung! :) 

Aku masih kerja hari ini dan esok. Esok selepas kerja baru bergerak balik Muar, kampung sebelah suami. Raya di sana dulu tahun ini. Sebab tahun lepas dah raya kampung sebelah aku dulu. Ikut giliran lerr. Hii. 

Aku nak cakap siap-siap sebab takut tak sempat dah ni. Hari ni dan esok dah sibuk buat persiapan raya. Rasa tak boleh nak curi masa untuk update blog. Bila berada di kampung, phone kena letak tepi. Boleh digunakan untuk ambil gambar dan video saja. Hehe. 

Usah dipanjangkan lagi cerita, 

Dengan ini, saya sebagai tuan blog, Nurulsiqah Hussin ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, menyibuk kat blog korang, tak sempat singgah blog korang pun ada dan sebagainya. Terima kasih atas ukhuwah yang diberi. Moga semuanya berkekalan hendaknya :) 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Memandu berhati-hati. Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. 

Salam Terbang
Gambar diatas diambil semasa raya tahun lepas. Boleh baca kisah raya kami dalam ENTRI INI >>> Aidilfitri 2015: Kali Pertama 

 
Selamat Hari Raya semua! 
Ikhlas daripada,
Siqah dan suami, Aliff :) 

Till then,

Love,

16 comments:

  1. Salam aidilfitri siqah. hati2 balik kampung.
    same lerrr keje sampai ke sudahh.
    hahahha

    maaf segala salah silap. terkomen lebih2. terbukak blog lebih2.
    ahah.

    take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya mek Yuni :)

      Dah habis beraya setakat ini. Meh lah kita kerja ye. Hehe.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir BAtin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak Azlinda. Maaf zahir batin :)

      Delete
  3. Assalammualaikum Siqah..kak PC pun esok baru gerak balik kampung...hihi..salam aidilfitri maaf zahir batin daripada kak PC juga ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Selamat hari raya. Maaf zahir batin ye.

      Delete
  4. selamat hari raya ye siqah.
    aida pun minta maaf kira nyer apa2 komen aida kat sini or anything dlm blog aida buat siqah kecik ati.
    moga gembira di hari raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aida :)
      Tiada salah apa-apalah.. Jom keep support blogging :)

      Delete
  5. Salam aidilfitri siqah..akk dah kat kampung ni ha.

    Akk mohon maaf andai ada salah silap semasa komen2 kat blog siqah ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri kak AA :)

      Awalnya akak dah berada di kampung ye. Seronok sangat beraya :)

      Siqah pun sama kak. Salam 0-0 ye..

      Delete
  6. Selamat HARI Raya juga Siqah.. Reen pun nak minta maaf andai ada kesalahan yang sedar mahupun tidak sedar. Tak balas komen mahupun terjah blog Siqah.

    Tahun ni belah Reen dlu. Hihihi Raya pertama malamnya baru balik Simpang Renggam. Hubby kita orang Johor juga.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga Reen :)

      Kita dua sama lah jadi menantu orang Johor. Hehe. Ada peluang bolehlah beraya bersama di Johor. Hehe

      Delete
  7. Happy eid awaaa:) waahhhhh. smart gilaaaa gambar:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga awak :) Gambar biasa je. Hehe

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife