Assalamualaikum dan hello semua :)
Korang pernah dengar kafe Mangosix Coffee Dessert? Aku tahu mengenai kafe ni masa tengok satu drama Korea, The Heirs yang ada babak mereka dalam kafe ini. Nampak macam menarik je minuman dorang, Mango Smoothie.
Lee Min Ho dan Kim Woo Bin in The Heirs
Tahun lepas, kami #gengmakankeKorea dan sempat singgah di Mangosix Cafe di sana. Teruja gila masa pergi dulu. Hehe. Semua kerana penangan drama The Heirs. Kalau tak tengok drama tu, mungkin tak tahu kewujudan kafe ni.
Inilah mango smoothie. Menarik kan?
Sabtu lepas, seawal jam 10 pagi, aku pergi ke First Outlet Mangosix Coffee Dessert di Malaysia yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Keterujaan untuk mencuba hanya ada pada aku seorang, memandangkan suami aku tak tengok pun drama Korea. Anti lagi ada. Hehe.
Mangosix Coffee Dessert
Besar kafenya. Ada 3 tingkat. Tapi aku hanya berlegar di tingkat bawah saja. Jadi gambar kafe pun hanya di bawah sajalah.
Kami pilih untuk duduk di luar. Mujur tak panas sangat masa tue.
Nice and simple interior
Di hujung tingkat bawah. Tersorok sedikit tempatnya. Sesuai untuk mereka yang bercakap sentiasa macam dalam pantry. Haha! #gengmakan lah tu :p
Toilet Di sebelah meja di atas.
Nampak tak di tengah itu ada terletak barang cenderahati daripada Mangosix.
Close up
Aku berkenan pulak dengan topi
Dalam kafe dah tengok. Tengok pilihan makanan dan minuman yang ada pulak. Banyak juga pilihan dessert yang ada cuma aku dah ada menu dessert yang aku nak makan.
Minuman. Semua nampak menyelerakan!
Menunggu order siap disertakan sekali dengan bil. Sesekali bolehlah. Huhu. Mahal nanye. Tapi kalau dah nama kafe memang begitulah harganya.
Pilihan kami.
Berries Smoothie, Hot Latte, dan Caramel Almond Toast.
Berries Smoothie sedap! Latte so-so ( need to add on sugar ).
Caramel Almond Toast
Sedap! Rotinya nampak keras di luar tetapi lembut di dalam. Yang atas itu adalah whipped cream, bukan aiskrim. Hee. Sebab suami aku ingatkan aiskrim.
Kesimpulannya, kafe ni menarik untuk makan, minum, sambil melepak. Haha. Layankan je sesekali. Nak pergi lagi tapi jauh jugak. Kalau dapat pergi lagi, dah tahu apa yang nak di-order. Cuba menu yang lain pula :D
Nak pergi sini senang je. Hanya Waze ke Mangosix Coffee Dessert. Confirm sampai.
Cafe's Details:
Alamat: The Cube, No 11, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100, Puchong, Selangor.
Opening Hours: Sun-Thu ( 9 am - 12 am )
Fri-Sat ( 9 am - 1 am )
Facebook: Mangosix Malaysia
Instagram: Mangosix Malaysia
Happy trying!
Till then,
Love,
wahhh bestnya !!! Kite paling suka mango, tak kisah dalam bentuk smoothie, yogurt, just atau apa2 pun asalkan ada mango huhu
ReplyDeleteAwak suka makanan masam eh? Hee. Bolehlah cuba nanti kafe ni. Mesti sedap mango smoothie tu 😁
Deletemenariknya tempat ni
ReplyDeleteminuman dan makanan pun nampak menyelerakan
tapi kalau tengok harga, mungkin tak akan sampai kot...hehe
😅😅 Kan kak YY. Siqah pun sekali nie jela. Next time tak tahulah bila. Rasa setahun sekali ke apa? Hehe.
Deleteaa, ingtakan aiskrim. hhahah.
ReplyDeleteHahaha. Mujur siqah dah cakap.
Deletecantik deco cafe tuh....
ReplyDeletesampai 3 tingkat lg yek...
akak nih cite korea kalu tkt runningman ngn rancangan msk2 tu tau la heheheh drama pun main pilih2 je mana yg minat mana yg tak...
tp mmg menggoda pun air mangga tuh
Kan kak.. Mango nampak menarik tapi siqah tak pulak order mango. Hee.
DeleteSiqah pun dah lama tak layan drama Korea kak. Takde masa banyak dah sekarang 😅
Assalammualaikum siqah💟
ReplyDeleteWah nampak sangat menarik...sesekali ubah selera dan cuba yang barukan...
Waalaikumusalam kak PC ❤️
DeleteHaah kak. Sesekali je ubah selera. Nak pergi sini lagi, jauh jugak. Lagipun mahal.. Huhu.
wahhh.. menarik.. lagi2 gambar 2 hero kat atas tu..hehe
ReplyDeletesis, sy tag ye
http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html
Hehe. Gambar hero tu tetap menjadi pilihan paling menarik ye tak? 😁
DeleteTq yana tag siqah. Ada masa siqah buat ye :)
suasana pn nmpk best. sesekali pergi tkpela. hrga leh tahan..hihih
ReplyDeletehehe. kan yui.. sesekali pergi bolehlah. nak merasa :)
DeleteMenarik nie...
ReplyDeleteboleh pegi time gaji je nie..hihi
sokong nieyl. tiap kali dapat gaji, mesti kena makan tempat sedap. hehe. bolelah nieyl cuma gaji ni. hehe
Deleteselesa tempat nyer.
ReplyDeleteaida suka lepak tempat gini.
makan2 minum2 dgn asben.
kami tak byk time boleh dating berdua.
and if dulu ada time, tempat gini kami cari.
kan aida :) Siqah pun suka tempat camni jugak. best lepak tempat camnie. selesa je dan tak serabut. barulah seronok nak bersembang kan :)
DeleteNampaklah suasana kedai makan koreanya. Menarik! Ada RM, bolehlah pergi sini nanti. Haha.
ReplyDeletehehe.. RM sangat penting awak :h
DeleteSo nice! =) Ingatkan ada dekat Malaysia fuh.
ReplyDeleteeh eh.. memang dah ada kat malaysia pun nie :r
Deletemenarik sangat nampak cafe tu..penangan citer korea la ni ye hehehe
ReplyDeleteHehe. Betul tu kak AA. Semestinya penangan cter korea nie haa :h
DeleteBestnyaaa, chika dah g... Ari tue nampak di FB mango six nie... Wei rindu korea wei !!! Ok chika dah review sedap kena g nie yg branch Malaysia . Hiks ... Singgahlah blog saya . Hiks~ gedik tak nak tggl kan komen gitu gak dkt chika =p
ReplyDeleteHehe.. Chika pergi hari tu pun sebab dah ke Puchong ambil barang. Kalau tidak, memang takde pergi lah. Macam Aliff nak melayan pergi kafe. Hehe. Pergilah nadia. Bolehlah rindu korea makan di kafe dari Korea 😍😍😍
DeleteWah wah wah...sdapnya mkn...deco pon cun...
ReplyDeleteAlhamdullilah :)
DeleteTerliur,...semua nampak tempting :)
ReplyDeleteKan kak farrah.. Rasa nak order semua. Hehe
Deletewahh menarik harganya pon mesti tertarik hu3
ReplyDeleteHee.. Pakej gitu kiranya :h
DeleteHi Siqa! Thanks for sharing.. Tak sabar nak try yang kat korea. Hahaha. Btw, yg kat Korea tu kat Seoul ke?
ReplyDeleteHi A.Aqma. Kat seoul pun ada.. Siqah hari tu makan dekat Ewha. Dekat je dengan seoul.. Bestnya aqma nak pergi korea 😍😍
Deletenampak menarikk
ReplyDeleteAlhamdullilah :)
Delete