15 Langkah Perlu Diambil Ketika Balik Raya

instalife

July 05, 2016

15 Langkah Perlu Diambil Ketika Balik Raya

Assalamualaikum dan hello semua :) 

 
Cak! Aku muncul lagi. Hehe. Baru je lepas kemas rumah sebenarnya. Alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Selepas kerja hari ni, boleh balik kampung dengan hati yang lapang dan gembira :)

Saja nak berkongsi apa yang aku dapat dalam group whatsapp semalam. Ada benarnya juga. Mana yang boleh ikut, bolehlah ikut :)

15 langkah untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung: 

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut. Tak perlu bawa iron board. Guna je kain batik atau selimut sebagai alas. 

2. Rumah di kampung biasanya tiada aircond, kipas terhad, bawa balik satu kipas sendiri. Cuba elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak ( sesekali balik kampung biarlah berkumpul satu keluarga

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, dan sebagainya. ( biasanya untuk cas phone, maklumlah semua guna smartphone. Bateri cepat habis belaka ) 

4. Kalau perlu, bawa tilam atau toto sekali. Lebih afdal bawa sekali selimut dan bantal. ( kalau balik kampung aku, benda ini paling aku ingat sekali ) 

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya ( nak perang mercun dan gosip. Eh? Hehe ) 

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, dan segala kerja yang memerlukan kudrat lelaki.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan phone, mak ayah pun kena elakkan diri dari 24 jam tengok phone. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dan lain-lain. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim. 

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan satu lagi, masa raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dan lain-lain. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu 

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita. 

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin! Haha! ( Aku okay je. Mana-mana aku ON ) 

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :) 

Till then,

Love,

3 comments:

  1. Haaa~ ada betul jugak tips nie... Hihi
    1) tak pernah terpkr pun iron better bawak sendiri , bgus idea nie

    2) tips nie mcm tak boleh diguna pakai sgt utk family nadia je ... Tak ckup tempat lah if tak tido hotel or homestay ke yank, rumah kecik sgt yank...if rumah kampung tue mmg tido je umah atuk nenek... tapi tido hotel pun tengah malam baru grak balik sbb nak gather lama dgn family kan ... Hihihi

    3) - 13) : additional item jugak tapi tips yg bagus as reminder

    14) nadia suka balik kmpg mak mertua ... Sbb rasa lah ada rumah kampung ... Best!!!! Hihihi - raya pertama thn lepas raya kmpg suami , mostly org mcm sedih skit lah kan ... Nadia happy sgt sebab dpt rasa aktiviti mcm org2 yang mmg ada rumah kampung... Baru feel raya - jadi jakun kejap hihihi

    15) tersangat - sangat betul

    ReplyDelete
  2. Akk ni mak dah takde, tapi tiap tahun giliran blk terengganu masih on juga, jenguk makcik2 yg masih ada.

    Salam syawal ye Siqah, mzb.

    ReplyDelete
  3. bagus tips tu..hehehe ada yang dibuat dan ada yang tak perlu buat, ikut keperluan.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife