Salam Lebaran #LebihErat

instalife

July 20, 2016

Salam Lebaran #LebihErat

Assalamualaikum dan hello semua... 

 
Kita masih berada dalam bulan Syawal kan. Dan semua masih ada mood raya kan? Hehe. Pastinya masih kedengaran lagu raya berkumandang di corong radio. Walaupun kuantiti lagu raya yang disiarkan sudah berkurang, tapi masih ada. Makanya, mood raya masih ada tambah lagi bila tiba weekend. Hehe. 

Aku suka dengar lagu raya. Lagu raya zaman dulu memang tak dapat disangkal lagi ke-best-an-nya. Apa punya ayat entah? Haha. 

Aku nak berkongsi dua lagu raya zaman kini yang aku suka. Serius, susah nak suka lagu raya zaman kini. Sebab semua macam bila dengar takde feel raya sungguh. Tapi bila dengar dua lagu ni, mood raya aku turn on. Hehe. 

Pertama, lagu dendangan Akim dan Stacy bertajuk #LebihErat . Suka sangat sebab lirik dan melodinya best! Suara mereka berdua pula sesuai sangat dengarnya. Lagu ni adalah kolaborasi antara Akim dan Stacy bersama Digi. Mereka kan duta Digi sekarang :) 

Akim dan Stacy - #LebihErat

Berikan masa..
Berikan masa..
Sambutlah Syawal mulia..
Lebih erat dengan yang tercinta.

Kedua, lagu daripada Mark Adam, Eyza Bahra, dan Waris bertajuk Salam Lebaran. Lagu ni catchy. Suka gandingan mereka bertiga terutama Mark Adam. Hehe.  

Mark Adam, Eyza Bahra, & Waris - Salam Lebaran


Adakah korang suka pilihan yang sama? Atau korang ada lagu raya zaman kini yang menjadi pilihan? Bolehlah kongsi sesama :) 

Happy listening, all ~ 

Till then,

Love,

24 comments:

  1. Assalammualaikum.. akak follow sini.
    Kalau tak de lagu raya ni rasa macam tak raya aje rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak Amy..betul tu kak, kalau takde lagu raya, rasa macam tak raya. hee.

      tq akak follow siqah :)

      Delete
  2. lagu raya zaman dulu legend!ada satu lagu ni kumpulan sepahtu rasanya yang nyanyi,best tapi tak tahu pulak tajuk dia apa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn ~ Lagu raya dulu memang legend. kalau dengar tu rasa seronok je. hafal lirik cuma tak tahu tajuk je. haha. tak pernah dengar pulak lagu sepahtu..maybe ada kat youtube ek.. tengok nanti. hehe

      Delete
  3. akak pun suke lg tuh... simple n sedp jgk di dgr

    ReplyDelete
  4. aida maintain suka lagu raya lama2, siqah.
    yg baru2 ni kurang terpesona :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tak dinafikan aida. lagu lama sentiasa membuatkan kita rasa terpesona dan tak boleh lawan punya. hihi

      Delete
    2. lagu lama kembali kan nostalgia.
      penuh erti. penuh rasa syahdu aidilfitri.

      Delete
  5. yg akim and stacy tu setuju :)

    ReplyDelete
  6. Masih lagi dengan lagu raya lama. Tapi yang baru ni macam oklah. Baru nak dengar sebenarnya ni. Haha.
    Salam singgah sini. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sila sila dengar eh.. hope awak suka juga :h

      Delete
  7. lagu raya dulu2 memang sedap didengar dan menusuk kalbu hihi..lagu sekarang akak tak tahulah sebab jarang dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Lagu sekarang banyak yang biasa je kak nanye. Lagu raya lama juga yang tetap WIN :)

      Delete
  8. selamat hari raya siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih syawal lagi ni.. Hehe. Selamat hari raya juga ash :)

      Delete
  9. Suka lagu2 raya lama lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak jemu didengar kan kak ~ setahun sekali je pulak tu :)

      Delete
  10. Yesss, dua-dua lagu ni boleh diterima telinga dan sesuai dengan mood raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Kan kak farrah :) Ada juga lah lagu raya kini yang menarik tuk didengar :h

      Delete
  11. suka lagu raya dulu2 lg kut..hehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife