Assalamualaikum dan hello semua!
Gambar! Gambar! Pergi mana-mana mesti ambil gambar. Mesti punya walaupun gambar gegar. Haha.
Selain video, aku suka gambar. Keduanya berguna untuk disimpan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Kadang-kadang bila kita tengok balik gambar / video lama mesti terasa rindu pada saat itu.
Al kisahnya, aku dan suami baru je tengok gambar kami dalam CD kahwin. Ada 3 CD dan semua tak tengok lagi. Hanya tengok album kahwin saja. Hehe.
Pemalas sungguh kan? Haha. Upah photoG beriya lepas tu semua gambar tak tengok. Bukan tak nak tengok, banyak sangat gambar raw. Pening kepala.
Sempena Aidilfitri tahun ini, kami memilih untuk letak gambar hitam putih di dinding rumah. Kami suka gambar hitam putih. Nampak sama je walaupun bila-bila ditengok. Akan sentiasa nampak baru dan segar di mata :)
Tahun lepas, hanya satu gambar dipotong empat saja. Tahun ini, disebabkan kami beli banyak frame, makanya gambar hitam putih pun banyaklah :)
Antara gambar kami daripada majlis perkahwinan yang menjadi pilihan untuk diletak dalam frame:
#SiqahAliff
Suka gambar ni! Baru tahu gambar ni wujud selepas hampir dua tahun kahwin. Hehe.
Rindunya! Teringat kembali perasaan berdebar ketika dinikahkan :D
Love :)
Close-Up
Suami
Me
Family
Family aku. Not in frame: Mama dan Anjang
Family Suami
Bila tengok kembali semua gambar ni, rasa seronok! Rasa gembira! Terima kasih keluarga ( tanpa keluarga siapalah kami berdua ), kawan-kawan, dan semua yang hadir dalam majlis pernikahan dan perkahwinan kami.
Cerita mengenai gambar hitam putih dan perkahwinan nampaknya dalam entri ini. Hehe. Walaupun sudah lama berlalu, masih ianya menjadi kenangan paling indah dalam hidup.
Masih tak buat entri mengenai perkahwinan kami walaupun itu yang aku katakan dalam ENTRI INI. Tak sempat nak menilik semua gambar dalam CD. Nanti ada masa aku buat juga. Walaupun tak tahu masa tu sambut ulangtahun perkahwinan yang entah keberapa. Hehe.
Akhir kata,
"Black and White Photography will Never Fade Over Time"
Till then,
Love,
Assalammualaikum Siqah :)..yeyyy..selepas 2 tahun masih fresh lagikan rasanya..rasa itulah yang kalau boleh kekalkan hingga akhir hayat sepanjang melalui alam berumahtangga.. :)
ReplyDeletewaalaikumusalam kak PC :) insyallah kak. rasa fresh itu akan dikekalkan dalam melalui alam rumahtangga selamanya. amin :)
Deletecantikkk akak suka black n white
ReplyDeletekan kak AA :) tak lapuk dek zaman
Deletecantik... sesuaikan di frame kan nih
ReplyDeletehihi. tq kak. dah frame pun. belum buat entri blog je lagi. hehe
Deletealolo comel nye. hehehehe
ReplyDeletesya dulu beria post pasal preparation dr tunang smpai la nk kawen. skali xjadi kawen, hamik. pastu x update dah. sedar2 skrg dah ada nak, tak cite pon dalam blog. hahahahaha
bersungguh kan bercerita dari tunang sampai nak kawen. alhamdulillah sekarang dah ada anak pun haa. siqah tak tahulah bila nak cerita. malas pun ada nanye. hehehe
DeleteCantiknya gambar2 kat atas tu. Precious memories :)
ReplyDeleteyes. precious memories :a
Deletecantik2 nya gambar Siqah
ReplyDeletetq kak :) credit to the photoG juga..
Deletelawaaa :)
ReplyDelete:) :a
DeleteOld fashion dan saya suka. Cantik sangat
ReplyDeleteOld fashion kan hitam putih tapi sentiasa segar di mata :)
Deletecantiknya..nmpk klasik
ReplyDeleteKlasik itu indah :a
Deleteuntung la siqah ada cd.
ReplyDeletetime akak dulu masih kodak lagi. filem yg kena cuci tu hu hu hu...
Hehe. Akak aida kahwin lama dah haa. Sekarang semua main CD kak. Boleh je akak nak ambil family photo sekarang. Mesti dapat CD juga :)
Deletesya pon suka pic htam ptih ni.
ReplyDeletepsttt: salam kenal dr saya.
truskan berdoa.. Allah ada..
yg pntg jaga pemakanan
dua thn msh bru tp klau nk check ksbran, pon ok. jst nk thu thp kshtan dan ksburan..
jka ok alhamdulillah.
jka ada mslh kta brusaha
slbhnya Allah Maha Mengetahui