Taiwan - Korea - Hawai! Tema: Makan!

instalife

March 25, 2016

Taiwan - Korea - Hawai! Tema: Makan!

Tema hari ni adalah makan, makan, dan makan lagi. Haha. Kalau dah nama keluar dengan #gengmakan, mestilah pergi makan. Ye tak? :D

Tujuan utama ke Mid Valley adalah untuk menemani Hanisah yang mahu tukar duit Malaysia ke Korean Won. Maklumlah, orang nak ke Korea minggu depan. Untung sangattt ~ :D

Sekarang, rate sell to Korean Won adalah 3.54. Haih, tinggi sudah. Tahun lepas, masa kami tukar, rate hanya 3.42. Berubah sangat rate walaupun hanya setahun. Harap tahun depan, rate kembali rendah :)

Senarai tempat makan kami hari ni adalah:

1. Shihlin Taiwan Street Snacks 



First, kami terbang ke Taiwan :D Kedai ni lebih kepada stail kiosk / gerai kecil di tepi jalan. Cuma lagi seronok makan di sini sebab dalam aircond. Jadi takdelah kepanasan. Hihi. 

Nampak tulisan cina, macam takut nak masuk kedai ni kan? Jangan risau. Ada status HALAL. Boleh lihat di HalalTrip. Makanan sedap! Kalau ke sini, hanya dua makanan yang menjadi pilihan aku iaitu XXL Crispy Chicken dan Seafood Tempura. Pedas tapi aku boleh layan dengan jayanya. Bagi aku, XXL Crispy Chicken sangat sedap sebab ianya rangup dan besar. Haha! Maaf, gambar tiada untuk diletak di sini. Tak sempat ambil gambar makanan. Maklumlah, aku kelaparan. Tak makan dari pagi. Jadi pelahap lah sebentar. Haha. 

Korang boleh melawat ke laman web rasmi Shihlin Taiwan Street Cafe di sini. Boleh tahu menu dan lokasi kedai sekitar Malaysia. 


2. Dubu Yo Urban Korean Food


Lepas ke Taiwan, kami pergi ke Korea pula. Hihi. Pertama kali makan di kedai Korea ni. Kedai makanan Korea kelima yang aku pergi selain The Street Cafe SS15 Subang Jaya, Oiso, Beans N Beans Korean Cafe, dan Hanbing Korean Dessert Cafe



Semua makanan yang kami order. Makan tiga orang je tapi order beriya. Haha! Dol Sot Bibimbap Beef, Spicy Ramyeon, Pa-Jeon, dan Kimbap Beef. 




Pa-Jeon! Macam lempeng atau pancake. Rasanya sedap! Aku suka yang ni. Dahlah sedap, tebal pulak tu. Rasa kenyang dah bila makan beberapa keping. Hii. Aku tak rasa pencicah yang didatangkan bersama sebab dorang kata rasa cuka pekat dalam tu. Aku tak boleh makan cuka, makanya NO-NO for me. Makan macam tu je pun sedap!



Dol Sot Bibimbap Beef. Bibim bermaksud campur manakala Bap bermaksud Nasi. Bila digandingkan dan diterbalikkan, jadilah Nasi Campur. Hii. Gaul dan makan. Bibimbap ni sedap cuma terlalu banyak sayur-sayuran dan jagung! Uhhh, aku tak berapa minat dalam makanan ada letak jagung dan sayur yang banyak. Jadi, setelah digaul, hanya makan sedikit sahaja. Tapi sedap tau nanye!



Spicy Ramyeon! Ini makanan Hanisah. Aku ada rasa sedikit dan semestinya sedap. Siapa yang tak suka makan maggi kan? Hihi. Panas dan ala-ala pedas, bila telan terus meresap ke dalam kepala dan badan. 

Main dish dipesan dalam bentuk set. So adalah side dish. Aku suka jugak kimchi dorang. Sesedap rasa! Pendek kata, kedai ni is recommended for all Korean food lovers ~ :) Boleh terjah ke LG.048, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall.


3. Mango Aloha

Sudah kenyang makan makanan Korea, kami terus terbang ke Hawai untuk menikmati Mango Aloha. Haha! Kebetulan lalu di kedai ni, tengok macam menarik, baca menu dan terus 'jom singgah'. Hihi.











Menu yang disediakan di sini. Nampak menarik semua kan? Well, warna kuning sememangnya adalah warna yang menarik perhatian. Aplikasikan ia pada warna menu :D



Mango Pudding dan All Sweet and Sago. Bagi aku, biasa je kedai ni. Sedap cuma tiadalah sedap sangat. Kalau All Sweet and Sago ditambahkan aiskrim vanila, akan bertambah sedap rasanya. Bila dihidangkan tanpa aiskrim, rasanya jadi biasa saja.



Kami pesan Fruit Smoothie untuk minuman. Both sedap! Strawberry Smoothie dan Mango + Honeydew Smoothie. Untuk minuman, dicadangkan untuk korang cuba di sini. Pasti tidak kecewa. 

Kalau teringin nak cuba, korang boleh datang di kedai ni yang terletak di:

Lot FK-12, First Floor, Mid Valley Megamall.



Dah kata teman Hanisah pergi tukar duit Korean Won. Mesti nak ambil gambar duit Won walaupun tak pergi. Aku ada plan nak ke Korea sekali lagi pada tahun hadapan cuma this time would be with my husband. Insyallah, jika tiada aral melintang, akan sampai juga ke sana with him :) May Allah ease our preparation :) Aku ada balance 30 ribu Won pada trip tahun lepas bersama #gengmakan . Sayang nak tukar kepada Ringgit Malaysia. Simpan jela sampai digunakan kembali di Korea nanti. Chewahh, berangan dulu. Hihi.

Terkejut tak kami boleh terbang ke tiga negara pada hari yang sama? Haha! Terkejut tak kami makan banyak hari ni? Takdelah banyak pun sebenarnya sebab kami kongsi bertiga. Aku suka jalan-jalan dan explore tempat makan. Ada pula kawan perangai sama. Haha. Lagi afdal orang kata :D

Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading dan kalau teringin bolehlah terjah kedai-kedai di atas ye :)

Love,
SiQaH

17 comments:

  1. Hebat tu....satu hari boleh jamak melancong banyak negara...gituuuu...hihi..mango aloha tu buat kak PC ngences la dik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik flight tak delayed. Tu boleh pergi sampai 3 negara satu hari 😅😅 Kalau kak PC pergi makan nanti, beli aiskrim vanila dulu eh before. Lagi yummyyyy 。^‿^。

      Delete
  2. Bestnya kalau ada geng yang sama2 sekepala kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Best best! Seronok explore things together (*^_^*)

      Delete
  3. Perghhh!!!! Korunk memang menternak nie ... :p ... Masing2 tengah kayo ... Untunglahhh cuti jari jumaat ... Hihihi, waaaa bestnyaaa g korea dgn alif nnt ... Hmmm ajak hafifi ke korea sampai ke sudah tak nak ... :,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Menternak namanya kan. Hihi. Aliff yang ajak ke Korea. Katanya nak tengok apa yang best sangat Korea tu. Haha. Insyallah, semoga dipermudahkan :)

      Delete
  4. yg ayam xxl tu mmg yui suka.

    hanisah?
    mcm nama kwn yui. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Ayam xxl memang paling win! Hii.

      Haah, nama kawan kita samalah, Hanisah 😬

      Delete
  5. dasyatnya satu hari boleh pegi makan2 byk tempat..bestlah ada geng sekepala kaki makan..tp maintain slim.jelesnya la hai.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, eh, kita tak slim pun. Makan banyak, akibatnya, faham-faham jela. Hahaha.

      Delete
  6. Tak pernah test makanan Korealah Siqah....takut tak boleh telan walauun mak belasah semua kecuali batu ngan kayu haha....sedap ek....
    Kalau mangga tu confirmlah boleh hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Cuba satu kedai makanan korea dan makan. Ada jugak yang tak boleh telan nanye. Cuba sekali, mana tahu nak lagi. Hihihi.
      Kalau mangga tu for sure boleh. Kegemaran tu kan (^_^)

      Delete
  7. Done follow dear... salam perkenalan..hehe waaa bestnye.. bila la turn kita pulak ye nak pegi... nanti share tips bajet ye..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Best sangat kalau menternak lemak! Haha!

      Delete
  8. lawanya muka nenek tu :P entah bila nk ke korea. maybe tawaf negara asean dlu kot
    sygnya semua resto ni area KL. pnang takda branch lg :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. lawa kan nenek tu, sebab tu terpampang kat duit Won :D negara asean pun best. saya pun pernah ke Korea je. lain tawau malaysia je. hii.

      nanti datang KL bolehlah makan semua tempat ni ye :)

      Delete
  9. aritu ade p area bawah midvalley lorong korea tu ..ingt kan non halal ..kalau taw..dah try spicy ramyon tu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife