Sopannya alahai encik suami

instalife

March 06, 2016

Sopannya alahai encik suami

Plan tetiba semalam, bila kami pulang ke Muar. Suami kerja semalam, ada wedding event as usual, habis kerja petang, terus kami bersiap ke Melaka dulu, attend my cousin's wedding, majlis sambut menantu. Sampai Muar, jam 11.30 pm. Almost midnight. Ngantuk, penat usah kata, walaupun bukan aku yang drive kereta dan kerja semalam. Hihi.


Sopan santunnya alahai encik suami. Duduk bersimpuh lagi haa. Aku kata nak ambil gambar, automatik terus ubah gaya duduk. Saja betul suami aku nie tau. Haha! Lunch di gazebo baru dibina oleh Ayah. Gazebo Ayah lain sikit apabila ia diperbuat daripada besi di sekeliling. Bukanlah kayu seperti yang dijual di pasaran. Bersungguh Ayah buat gazebo, memenuhi permintaan Kcut, adik ipar aku. Bersungguh juga kami lunch di situ, dahlah hujan renyai masa tue, masih gigih nak jugak lunch di gazebo. Hihi. 

Jam 5 pm bergerak balik dari Muar ke Subang. Jalan sesak seperti biasa di tempat biasa, Seremban! 

Don't worry, selain daripada suami yang bersungguh menyanyi di sebelah dengan gaya tersendiri, aku ada lagi dua benda yang menemani :p


Haha! Satu bekas kerepek pisang. Mak buat dan bekalkan aku satu bekas. Maklumlah, anak menantu dia yang sorang nie memang terbukti hantu kerepek pisang. Pantang ada, berulanglah aku makan. Kalau tengok tv, memang tak sedar, tetiba dah habis. Hihi. Cuma kalau makan kerepek, kena banyak minum air masak. Kalau tak, tekak rasa tak selesa. Kering je ~ 


Pertama kali cuba Iced Latte di Dunkin Donuts. Aku pengemar tegar Latte. Anything about latte memang aku suka sangat! Kalau pergi mana-mana, for sure aku order latte. Bukan tak pernah teringin nak order air lain, tapi nanti mesti rasa menyesal jugak sebab tak minum latte kegemaran. So baik aku order yang aku gemar je. Aku memang orang yang setia pada minuman kegemaran :p Iced Latte Dunkin Donuts nie bolehlah. Takdelah sedap mana. Hii. Latte yang sedap bagi citarasa aku setakat nie, hanya di Tours Les Jours dan Beans and Beans Citta Mall. Vanilla Latte dorang sedap! 

Setakat ini sajalah entri untuk kali nie. Just to share aktiviti minggu ini. Hihi. 

Hujung minggu sudah habis. Bersedia untuk kerja esok! Mencari rezeki :) 

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading,

Love
SiQaH

4 comments:

  1. Latte dgn chika mmg la tak dapat dipisahkan... Sama dgn tasha juge ... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan. Rugi kalau tak minum latte :D

      Delete
  2. aha.. sopannya duduk..kalau hubby tu dah terkangkang terbaring agaknya tengah2 laman tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nie berlakon je sebab nak ambik gambar. Kalau tak, memang tak sopan duduknya. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife