Jumaat lepas, 11 March 2016, aku dan suami ke Hotel Majestic, for afternoon tea at their Colonial Cafe.
Aku dapat dua free voucher ke sini yang diberi oleh syarikat tempat aku bekerja, Scope International (M) Sdn Bhd. Sebelum dapat voucher, mestilah kena kerja kuat kan? Al kisahnya, korang tahu pasal kes letupan di Tianjin, China tahun lepas? Disebabkan itu, pejabat di Tianjin tutup dan kami di KL dan Chennai need to cover their works almost for 3 weeks. Team aku bergilir untuk stay kerja sampai jam 11.30 malam. Midnight baru sampai rumah. Memang penat masa tue. Tapi ada jugak kelebihan yang kami dapat daripada kes letupan di Tianjin. Dan sampai sekarang, kelebihan itu masih berguna untuk kami. Alhamdullilah :)
Berhenti cerita pasal kerja, ini kisah minum petang bersama suami. Dapat dua voucher dan semestinya bawa encik suami menemani :) Tarikh luput voucher pada 20 March 2016. Itu yang bersungguh ambil cuti nak pergi sini. Voucher applicable on weekday only.
Our free voucher of afternoon tea :)
Picture #fromwhereiseat
Our table and food!
Close -up food picture!
Sedang kami makan, ada lagi menu ditambah. Kuih-muih di Malaysia :) Rasa semua makanan? Sedaplah jugak. Cuma bagi aku, takdelah 'wow' faktor sangat. Orang ramai datang sini mungkin sebab privacy kot. Semua orang sopan je, cakap slow. Kami pun terpaksa berlakon. Haha! Nampak makanan macam sikit tapi kami makan tak habis pun. Encik suami pun tak nak habiskan. Mujur percuma :D Nak kata perut kenyang, tak jugak sebab kami tak makan lunch pun on that day.
Siqah dan Aliff :) Pertama kali encik suami ke tempat sebegini. Nak minum petang je pun. Seat yang mereka bagi memang cantik tapi sakit belakang jadinya. Tak proper walaupun lawa.
Selesai makan, bergambar di kawasan hotel.
#siqahootd on that day. Mix and match.
Skirt: Ashhannas
Blouse: Kedai di Uptown Kota Damansara
Shawl: ScarfCake
Encik suami :) Kalau bab posing, memang dia win rasanya! Haha! Fe-feeling sangat bincang projek harga 6 juta! Hahaha!
Balik dari afternoon tea, sementara menunggu kereta dicuci, kami pekena ABC di kedai berhampiran. Nampak yang nie lagi menarik kan?? Hihi. Sedap weii tambah lagi pekena masa cuaca panas terik! Fuhhh!
Sekian saja kisah #SiqahAliff pada hari Jumaat lepas. Kalau free, bolehlah makan di tempat eksklusif begitu. Kalau nak bayar, kena fikir jugaklah. Rasa baik makan pisang goreng je. Hihi.
Tapi sesekali merasa makan di tempat begini, best juga. At least, kita merasa kelainannya :)
Sehingga bertemu lagi,
Thanks reading,
Love,
SiQaH
wah bestnya...dpt free voucher tu mmg best la...jelessss...
ReplyDeleteRezeki awak :) Kalau tak dapat, memang tak lah kot pergi :D Janganlah jeless plsss..
DeleteWaaaa...menarikkk..deco pun nampak lawa..tp ABC tu gak nampak mengancammm
ReplyDeleteKan. ABC jugak yang nampak mengancam lagi menyelerakan :D
Deletealhamdulillah..rezeki tu..tp kalau kena bayar akak pikir 10 kali nak pergi hehe
ReplyDeleteHihi. Betul tue kak. Saya pun fikir banyak kali kalau berbayar. Hii
Deleteoklah tu rezeki free kan..hihih.. kalau sje nak p mcm tak..
ReplyDeletesdp lak tgk abc tu pg pg..huhu
Hii. P cari ABC petang nanti. Sure mengancam :D
DeleteView n pic pon menarik. Best2
ReplyDeleteHihihi. Best best..
DeleteAssalamualaikum Siqah, salam ukhuwah..
ReplyDeleteBest tgk suasana cafe hotel 5 bintang (kalau x silap).. Terasa suasana yg sunyi & privacy. Scone dia mcm menarik jer tp bila baca review Siqah as if so so rasa dia.. :-)
Waalaikumusalam kak LZ :) Salam Ukhuwah :)
DeleteScone dia paling sedap kak daripada semua yang ada. Makan tue je dah kenyang. Hihi. Yang lain, bagi saya biasa je. Bolehlah nak merasa sesekali :p
Assalamualaikum, exclusive tempatnya, untung dapat ke sana.
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Alhamdullilah rezeki kak :) Kalau nak pergi sendiri, macam tak je..
Delete