Cerita tahun 2015, tapi tahun 2016 baru nak update blog :D

instalife

March 04, 2016

Cerita tahun 2015, tapi tahun 2016 baru nak update blog :D

Boring pulak hari nie di pejabat. Walaupun banyak kerja tapi bosan tue masih ada. Sebab buat kerja yang sama for 5 years agaknya. Tapi aku suka kerja aku :) 

Nak cerita mengenai perihal aku dan suami masa zaman dulu-dulu. Macam lah lama sangat zaman tue kan? Hii. Al kisah tahun lepas sebenarnya, 2015 dan baru nak update di blog tahun nie. Lama sungguh haa ~ :p

Dulu, aku dan suami suka pergi ke satu tempat untuk ambik gambar. Kadang-kadang memang tujuan nak ambik gambar je. Aku melayan suami dan suami melayan aku. Dia suka ambik gambar dan aku suka berada dalam gambar. Kira saling melengkapi lah kan? :D 

Sekarang, dah tak selalu bergambar. Makin sibuk rasanya hidup. Suami dengan kerja luar dan aku duduk rumah jela. Takde nak ke mana. Dulu sebelum kahwin, selalu jugak lepak kedai kopi. Sekarang, nak lepak sorang-sorang pun dah rasa sunyi. 

Lagi satu, sekarang masa untuk menyimpan. Kalau banyak jalan, means takdelah menyimpan. Lainlah kalau gaji bulan nie, boleh pakai sampai bulan depan. Haha!

Layan gambar aku dan suami tahun lepas :p

Lokasi: di sekitar Putrajaya 


Zaman suka melompat. Asal ambik gambar je nak melompat. Cuma lompat sopan lah. Dah pakai skirt kan tue. Hii. 


Suami suruh aku duduk di tengah tue sorang-sorang. Dahlah rumput tajam. 



Suka melompat sebab terikut dengan encik suami. Dia memang kaki lompat. Kalau dalam gambar, susahlah nak tengok dia berdiri tegak je unless aku yang suruh. Hii. 


Gadis pelancong dari China. Masa kami ambil gambar di sini, dorang pun ada. Makanya, give and take. Tolong menolong ambil gambar group. Dorang pun nak lompat jugak selepas tengok encik suami melompat :D


Inilah gambar yang pelancong China ambil. Hihi. 

Lokasi: Taman Saujana Hijau, Putrajaya 


Props yang dibawa untuk ambil gambar pada hari tersebut. Bersungguh bawa buku ( yang masih tak habis baca till now, haha ), pasu kecil dan bunga DIY ( yang digunakan sebagai hiasan di meja guestbook for our wedding ), bingkai gambar dan kasut wedges ( yang hanya dipakai sekali ). Beli saiz 5 tapi kenapa macam besar je. Terangkat tumit kaki setiap kali berjalan. Seksa! 


Handbag pink. Don't worry. Mestilah bukan original. Hihi. 



Lagi satu aksi yang menjadi kegemaran encik suami selain daripada lompat :D 

Kegunaan bingkai gambar. Haha. Dah takde kerja namanya nie.







Kasut sebagai props..




Done! Itu jela gambar yang ada. Takde banyak sangat pun. Mungkin selepas nie, aku akan update berkenaan aktiviti-aktiviti aku bersama suami, keluarga dan kawan-kawan di sini. Walaupun perkara itu berlaku tahun lepas :)

Tahun lepas malas nak blogging. Tahun nie macam rajin pula. Harap berterusan semangat blogging ini ;) 

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading,

Love,

8 comments:

  1. Rajin nya chika update blog sekarang ... Nice nice ... Nadia pun tgh merajinkan diri nie nak update slalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah bersama nad, keep blogging :) hope berterusan nampaknya. curi-curi masa sikit :D

      Delete
  2. Kreatifnya awak n suami..suka tgk...update la lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak :) insyallah, akan berterusan update all the stories :) thanks reading, tau :D

      Delete
  3. Salam singgah sini dik....sweetnya tengok gambar2 adik ni...suka sangat tengok....salam kenal dik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Mardiah singgah blog Siqah (*^_^*) Terima kasih jugak suka tengok gambar Siqah. Hii. Gambar lama kak, baru post sini je. Salam perkenalan kak :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife