Seronok rasanya apabila diri kita dihargai. Betul tak? Pasti semua akan berasa indah dan gembira je. Tak kisah sama ada perkara itu terjadi dalam hubungan cinta, keluarga, rakan, dan kawan sekerja. Asalkan kita rasa kita dihargai dengan tindakan seseorang :)
Baru-baru ni, kami, ITT Asian KL team dapat hadiah sebagai tanda penghargaan daripada ketua kami, AM, Sheima. Sorang satu dapat sebiji belon dan sekeping kad :)
Thank you for your effort!
Berapa banyak TQ daaa ~ :)
Al kisahnya belon ni dah kuncup sebenarnya sebelum aku ambil gambar. Bersungguh encik suami bukakan ikatan, tiup belon, dan pasang sekali lagi pada pemegang belon. Semata-mata untuk melayan si isteri yang nak ambil gambar. Hihi. Tq Suami :)
OMG! Thank You!
Terima kasih Sheima untuk penghargaan ini. Walaupun hanya belon dan kad sudah membuatkan kami rasa diri dihargai. Sebagai pesanan, please don't leave us. Kalau nak berhenti kerja, sama-sama kita berhenti eh (*^_^*)
Kisah lain pula..
Alhamdullilah. Selepas 4 tahun menjadi Senior Officer, hari ni bermula my new job title as 'Team Leader'. Agak seram sebenarnya. Bila naik pangkat, maknanya kerja makin bertambah. Percaya pada diri sendiri. Insyallah, aku boleh lakukan dengan baik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada diri ini. Harap bersabar menghadapi soalan bertubi-tubi daripada aku. Hihi.
Thank you for reading dan selamat berhujung minggu, semua :)
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
Wah...tahniah. all the best
ReplyDeleteThank you kak Nurhidayu :)
Deletecongratzzz~ insyaallah tunggu turn nadia pulak join korunk ,semoga dimurahkan rezeki ...doakan saya ye =)
ReplyDeleteThank you Nadia :) Insyallah, nanti rezeki nadia pula. Amin :)
Deletealhamdulillah tahniah ya...betul..penghargaan itu biarpun kecil ia tetap memotivasikan kita in sha Allah :)
ReplyDeleteTerima kasih kak PC :) betul tu kak, biarpun kecil penghargaan, tetap memberi kita semangat :)
Deletesweetnya lahai part belon tu
ReplyDeleteHihihi :D
Deletetahniah.. rezeki tahun baru :)
ReplyDeleteseronok juga naik pangkat tp bt diri seronok naik gaji, kang new title tanggungjawab lg besar
terima kasih Nina :)
Deletebetul tu. new title means tanggungjawab lagi besar. itu yang buat seram jugak. huhu
alhamdulillah..tahniah, seronok bila dihargai kan
ReplyDeleteterima kasih awak :) betul, seronok bila dihargai :)
Deletetahniah atas kenaikan pangkat siqah.
ReplyDeletemoga kerjaya bertambah bagus, rezeki pun bertambah murah.
in shaa Allah.
terima kasih aida :)
Deleteamin. terima kasih juga atas doa :)
Dah lompat bintang ke belum ni Siqah hihi...
ReplyDeleteSebelum lompat bintang sila buat sujud syukur dulu. So duit lebih yu nak buat agaknya yer
hehehe. duit adalah perkara penting dalam kehidupan sekarang. tambah lagi sejak ada GST :D
Delete