Selamat pagi semua 。^‿^。
Aku hampir terlupa mengenai kesinambungan entri mengenai Pulau Pangkor. Hihi. Oleh itu, sekarang aku nak update kisah hari ketiga Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor :)
Hari ketiga adalah hari kami pulang. Awal pagi, aku dan encik suami keluar untuk mengejar matahari. Nak tengok matahari terbit sebenarnya. Google dan baca satu blog ni katanya ada matahari terbit di Teluk Gedung. Kami pun beriya menaiki motosikal sambil mata aku tak lepas dari melihat langit.
Tapi sayangnya tidak kelihatan matahari terbit. Pagi tu cuaca mendung dan awan meliputi langit. Takpelah, anggaplah tiada rezeki nak melihat keindahan langit ketika matahari mula muncul.
Selepas sarapan, kami terus mandi laut! Yeayyyy! Aku tak nak mandi mula2, malas nak basahkan baju tapi telah diheret oleh encik suami masuk ke dalam laut. Dah alang-alang basah, biar basah sungguh kan :p Port best masa mandi di Teluk Nipah adalah kawasan di sebalik batu dalam gambar di atas. Paras air takdelah dalam sangat. Dan yang paling best, kau je ada kat situ. Selesa mandi haa!
Sebelum check out, ambil gambar #walkingootd dulu :) Ada pulak budak mengintai aku dari belakang. Agaknya dia pelik tengok apa pasal lah akak ni duk berjalan sorang2 sambil melihat kiri dan kanan. Hahaha!
Mama, Along, dan Kak Ngah Mai pun nak jugak #walkingootd selepas aku tunjuk gambar aku yang di atas. Hihi.
Kami check out lebih kurang jam 10 lebih. Awal check out sebab kami ada lawatan darat sebelum pulang. Lawatan darat sepatutnya buat pada hari pertama tapi terpaksa ditunda sebab kami sampai lewat ke pulau.
Yang bawa kami jalan-jalan adalah pak cik yang drive van pink.
Tempat-tempat yang kami lawati:
1. Kilang Satay Eng Seng Pangkor Food Industry & Trading
Pelbagai barang ada dalam kedai ni. Keropok, makanan dari hasil laut dan ikan bilis. Ikan bilis Pangkor katanya sedap. Ada mata biru lah apa lah. Haha! Aku tak beli pun, mama yang paling bersungguh beli di sini. Maklumlah nak diberi kepada jiran tetangga.
Aku suka yang ni! Beli untuk makan di rumah dan bagi mentua.
2. Taman Fu Lin Kong
Fu Lin Kong adalah sebuah kuil Cina di Pulau Pangkor. Kawasannya agak besar dan terdapat pelbagai ukiran dan binaan yang sesuai untuk bergambar. Aku tak pernah tahu mengenai kewujudan kuil ni. Ramai pelancong yang akan membuat hasrat dalam kuil ni kerana katanya akan menjadi kenyataan.
Kami jalan-jalan nak ambil gambar je. Itupun hanya berjalan sampai kawasan kolam saja. Asalkan ada gambar sikit jadilah.
Fridge magnet di sini lagi murah dari di Teluk Nipah!
3. Galeri Pangkor
Dah namanya galeri, jadi ada terhimpun khazanah lama dan paling penting sejarah Pulau Pangkor. Maaf, tak ambil gambar sejarah Pulau Pangkor. Nak diterangkan aku tak ingat pulak. Sejarah kan ~ Lembap sikit (∩_∩)
Banyaknya duit! Dari pelbagai negara!
Semua gambar dalam frame bawah ni lawa! Super photography skill! Paling cemburu dengan gambar sunset :)
Sekejap je di sini. Rasa tak sampai 15 minit kot. Hii. Lepas galeri, kami meneruskan perjalanan ke tempat terakhir sebelum ke jeti.
4. Kota Belanda
Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan. Dari jauh dah nampak kotanya. Mengikut google, Kota Belanda ini adalah kubu yang dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai tempat penyimpanan bijih timah yang diperolehi dari Perak.
Tapi lain pula faktanya di sini. Untuk menghadapi serangan Siam. Rasanya fakta ini yang benar. Tak pasti sebab sejarah kan. Faham-faham jela. Hihi.
Kedai yang ada di sini selain daripada booth tepi jalan yang ada jual air dan makanan ringan. Aku tak masuk pun Aishah Craft ni.
Semasa di sini, cuaca sangat panas. Panas terik! Huhu. Ayah, Mama, dan Angah's family dah duduk je di tepi. Tak nak layan dah bergambar. Makanya hanya tinggal kami je yang bergambar di sekitar Kota Belanda. Jom layan gambar-gambar kami di bawah :)
Suka tapak ni!
Along's family
Erysya dan Haikal. Melayan je dorang bila suruh beraksi :D
Encik suami dan aku. Masa ni encik suami sedang bersedia untuk lompat sebenarnya. Hii.
Nak jugak lah ambil gambar di dinding kota #standingootd :p
Abang Ayin ( abang ipar ) dan encik suami. Kalau dalam keluarga kami, mereka berdua je kaki lompat. Mujur encik suami ada geng lompat.
Dah habis lawatan darat, kami terus pergi ke Jeti Pangkor pada mulanya. Masa tu lebih kurang jam 2 petang. Ramai sangat orang! Lagi ramai orang beratur untuk pulang dari masa kami datang dulu. Nasib baik ada Mann yang telah bawa kami ke Jeti Kampung Sungai Pinang yang terletak di perkampungan nelayan. Kawasan sekeliling tempat ni padat dengan rumah kedai. Datang sini, tiada orang beratur, dan tak sampai 10 minit kami tunggu, bot penumpang tiba. Alhamdullilah. Dipermudahkan segala.
Sampai saja di daratan, kami terus ambil kereta dan bergerak mencari makanan. Lapar weiii, tak makan tengahari lagi. Terus bergerak ke kawasan Teluk Batik dan makan di kedai di sana. Lepas tu, terus kami lajak ke Teluk Batik.
Aku suka Teluk Batik! Pernah tinggal di Teluk Batik Resort selama hampir 3 bulan semasa program GEMS. Itu yang excited lebih bila datang sini. Hii. Dulu petang je, kami ramai-ramai lepak di tepi pantai. Sebelum lepak, beli makanan ringan dulu sebagai minuman petang. Aku pernah buat persembahan di tempat berbumbung ni. Masa tu ada hari terbuka yang dibuat oleh budak GEMS. Lagu yang dipersembahkan adalah Dia Datang dan Malaysia Truly Asia. Bestnya! Rindu!
Lawa kan? Suka hiasan hulubalang ni! Haha! Aku tak tahu kenapa aku panggil hulubalang. Sebab banyak tombak ada di sini kot.
Jauhi benda alah ni. Ayah cakap bau hancing. Haih, entah siapalah yang membuang di sini. Punyalah malas kau kan. Tiada kesedaran sungguh!
Datang sini nak melepak je. Dah alang-alang sampai kan. Percayalah, angin bertiup di sini lagi kuat dari di Pulau Pangkor. Syok lepak sini!
Thaqif comel yang mengada-ngada. Hii.
Family picture. Encik suami jadi photoG. Budak depan aku, Erysya tengah merajuk masa ni, tu yang beriya tunduk tak nak layan bergambar. Hihi.
Lepas tu, terus balik dan menuju ke rumah masing-masing. Along bergerak ke Kuantan, Angah ke arah KL, aku dan ayah ke Subang.
Akhirnya habis juga cerita mengenai kisah percutian Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor. Punyalah lama nak habiskan part 3. Hii. Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan percutian ni. Walaupun Pulau Pangkor mungkin tidak secantik pulau lain di Malaysia, tetap aku seronok berada di laut dan pantai tambah lagi dengan keluarga tersayang :) Worth it for the price we paid :)
Korang boleh baca juga entri aku mengenai percutian ke Pulau Pangkor di link bawah ni.
Harap entri ni dapat memberi info kepada sesiapa yang nak bercuti ke sana. Tak jauh pun, dalam negara je dan di Semenanjung Malaysia. (*^_^*)
Layan video di bawah untuk sunset timelapse di Pulau Pangkor. Kalau tak boleh play di bawah, boleh tengok di sini :) Video biasa je. Hii.
Thank you for reading,
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH
Alhamdulillah menjadi kenang kenangan siqah sekeluarga ni....kak PC pernah pergi sekali teluk batik tu...best...
ReplyDeleteAlhamdullilah :) Best kan teluk batik! Siqah suka situ :)
Deleteseronok dapat berjalan apatah lagi bila bersama family kan.
ReplyDeleteakak pun dah 2 kali pergi pangkor ni, seronok
Alhamdullilah. Seronok kak berjalan bersama family sebab nak kumpul semua sekali satu masa agak susah nanye :)
Deleteseronoknya pergi ramai-ramai :)
ReplyDeleteYeayyy! Lagi ramai lagi seronok :D
Deletewalaupun pangkor ini tak besar mana..tp banyak tpt yang ptt di lawati kan
ReplyDeleteBetul kak. Ada juga tempat untuk dilawati sebab ada sejarah di sana. Menarik juga berjalan2 melihat dan mengetahui sejarah kan :)
DeleteWowww...cantik3x sgt gambar2 nya, belum penah smp lagi. Kena buat saving dulu, baru dpt gi ni, ermmm
ReplyDeleteTerima kasih kak :) Insyallah, nanti akak pula pergi bersama keluarga ye. Saving semestinya wajib buat. Siqah pun hasil duit simpanan juga ni :)
Deleteaida masih simpan cita2 nak ke pangkor ni, siqah.
ReplyDeleteasyik ke tempat lain ajer.
in shaa Allah...
dulu gi time lom kawin. tahun 2003 gitu.
skang anak da 3, kena la gi kan...
Kenalah pergi bawa anak-anak Aida pula. Pasti dorang seronok nanti ke pulau :)
DeleteTak tahu lah pulak pangkor ada tmpt menarik bnyk... Pergi g sekali je , masa zaman sekolah
ReplyDeleteBanyak jugak tempat menarik sini. Ada sekali tempat bersejarah kan...
Deletemmg best sangat lah.
ReplyDeletecmtik pulakk nengok view laut di teluk batik ni ye.
pernah ke sini masa zmn memula tunang dlu. jenjalan dgn bakal family in law hiks
Hihi. Teluk batik best kak! Siqah pun suka. Lepak-lepak ambil angin petang. Fuhh, syok! :D
Delete