Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor - Part 2

instalife

April 05, 2016

Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor - Part 2

Hari ni nak sambung entri Part 2 daripada entri Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor - Part 1. Untuk Part 1, bercerita mengenai pakej yang dipilih dan kisah keluarga aku pada hari pertama di Pulau Pangkor. Part 2 akan bercerita mengenai aktiviti di hari kedua pula :)

Jam 8.30 pagi, kami sudah bersedia untuk keluar sarapan dan terus melakukan aktiviti. Hari kedua, semua diuruskan oleh Mr Mann yang tinggi lampai dan cakap berhemah. Hihi.


Thaqif sudah bersedia nak jadi pak imam. Eh? Bukan bukan. Nak pergi berenang. Eh, tak tahu berenang! Eh, apa-apa jela. Haha! 


Kawan baik berdua ni, Erysya dan Surfina juga sudah bersiap sedia :D 


Kedai sarapan hari kedua. Menu sarapan adalah menu sarapan di Malaysia. Nasi lemak dan teh tarik! 


Selepas makan, kami terus melakukan aktiviti island hopping dan snorkeling. Kami ambil pakejnya di sini. 


Mula sekali, kami perlu memilih selipar untuk pergi snorkelling. Katanya, coral tajam jadi kena pakai selipar masa snorkelling. Nanti takut kaki luka. Hanya boleh pakai selipar yang disediakan saja. 


Pilih-pilih selipar yang muat pada kaki. Kalau saiz dewasa, senang je nak jumpa. Saiz kanak-kanak untuk Surfina agak susah nak jumpa. Tapi akhirnya jumpa juga setelah puas godek sampai ke bawah besen. 


Orang lain sibuk cari selipar dan pakai jaket keselamatan, Thaqif tidur. Hihi. Senang sungguh dia tidur :D



Siap! Jom kita bergerak! Yeehaaa ~ :D


Kami sekeluarga bersedia untuk terjah ke tempat snorkelling. Adik beradik aku ada 4 orang semuanya. Adik bongsu, Anjang dan isteri Wani tak dapat join trip kali ni sebab Wani sedang berpantang. Next time, kita travel sama semua okay :) 


Terus menuju ke Pulau Giam, tempat untuk snorkelling.



Sudah berada dalam laut. Hii. Bestnya mandi laut! Snorkelling? Hii. Aku takut sebenarnya. Tak sampai 5 saat dah naik ke permukaan. Tenggelamkan kepala pun seram. Air masuk mulut. Tak reti pakai goggle agaknya :( Sudahnya aku mandi laut je. Bergerak punyalah jauh daripada tempat nak naik, sudahnya lama betul masa yang diperlukan untuk naik ke darat. Tak tahu berenang kan. Mengepak jela. Hahaha! 

Ayah, Abang Ayin, Angah, dan Haikal kata ada ikan kelihatan masa snorkelling. Ayah siap bawa roti bersama letak di tangan dan ikan kerumun ayah. Tapi sayangnya, tak dirakam.  Encik suami je pegang phone dalam beg kalis air tapi dia tak turun sangat dalam air. 

Cakap pasal beg kalis air untuk phone. Agak bengang bila aku beli beg tu tapi tak boleh guna for my phone. Beg tu tutup kamera phone. Sayang sangat :( Kalau tak, boleh ambil gambar masa sedang berendam di laut. 

View dari batu paling tinggi di Pulau Giam. Rasanya tinggi sekali tu. Hihi. 


Love the view


Batu di tepi tu, tajam tau. Kaki aku ada juga terluka sikit. Itulah, orang pesan suruh pakai selipar tapi degil tak pakai. Tak feel rasa kalau pakai selipar masa dalam laut. Padahnya, sakit lerrrr :( 



Kagum betul boleh berkayak di lautan. Aku yang tengok pun dah rasa lenguh tangan. Hihi. 



Inilah tempat naik dari snorkelling dan ini juga tempat untuk bot berhenti menurunkan penumpang. Part ni aku rasa tak sesuai. Patutnya tempat turun penumpang dan snorkelling berbeza. Tapi di Pulau Giam, sama belaka. Mungkin sebab pulau yang kecil. Dan, satu lagi, pandai-pandailah jaga diri ye masa snorkelling. Paling penting ada orang yang pandai berenang bersama :) Orang bot hanya hantar dan ambil saja. 


Mask ( not included in package ). Jadi kena sewa, harga RM10 / piece. 

Selepas dah puas berendam dan snorkelling, mulalah sesi pengambaran. Hihi. Kami memang saja biarkan orang lain semua pulang dulu, nak Pulau Giam clear tak ramai orang baru best bergambar. Bukan setakat gambar, encik suami ada rakam video juga :) 


Gaya kena ada walaupun tak snorkelling. Yang hujung je snorkelling, yang tengah tu gaya je lebih. Haha! 


Ayah dan Mama 


Along sekeluarga



Angah sekeluarga 


Aku dan encik suami

 

Anak saudara. Haikal, Erysya, Surfina dan Thaqif


Keluarga Hussin :) Not in frame: encik suami yang jadi photoG, Anjang dan Wani yang tak join family trip kali ni. Untuk gambar, ambil berdiri tegak je, untuk video, melompat semua kecuali Surfina :D

Bila bot dah datang ambil, kami dibawa untuk island hopping. Tak lama pun sebab kecil je kawasannya.  


Kalimah Allah 


Tak ambil gambar masa island hopping. Dah penat. Malas nak pegang phone. Hii. 


Antara aktiviti lain yang ada di sini. Banana Boat, Matrix, dan Big Mable. Satu pun kami tak buat. Haha! Aku teringin juga tapi tiada orang nak teman. Tak kan nak buat sorang-sorang. Banana Boat dah pernah naik. Teringin naik yang lagi dua tu. Maybe next time, if possible :) 

Lebih kurang jam 1 tengahari, kami sampai di pantai dan terus makan. Lepas makan, layan encik suami ambil video dalam cuaca yang panas terik dan terus ke bilik untuk berehat. 


Di waktu petang hari kedua, kami plan nak naik motor ronda di Pulau Pangkor. Sewa moto dari Suria Beach Resort adalah RM25 untuk 3 jam. Aku dan suami sewa motor skuter daripada Mr Mann berharga RM30 untuk satu hari. Mr Mann ada satu motor je, jadi boleh sewa satu jela. 


Pandu arah :D


Matahari hampir terbenam di sini. Tempat ni nak pergi kena naik motor. Tak tahu namanya apa. Pasti jumpa kalau kelilingi Pangkor. Atas bukit dan ada rumah api.

Kami melihat sunset pada hari kedua di Teluk Ketapang. Itu yang kena naik motor. Kalau datang Pangkor, rugi kalau tak ronda sekeliling pulau. Sekejap je, bukan besar pun. Hii. Kat sini selain tengok sunset, boleh memancing. 


Love 。^‿^。




A family photo! Mintak tolong akak yang berada di situ ambilkan gambar. Hii. Not in frame: mama 

Then, terus pulang ke resort. Maghrib dah oii. Orang tua kata masa Maghrib tak elok berada di luar, tapi masa tu lah nak tengok golden hour. Acane? Terpaksa tak ikut cakap orang tua. Hihi.

Malam, kami makan di salah satu kedai makan di Teluk Nipah dan berjalan-jalan mencari souvenir untuk dibawa pulang. Borong souvenir untuk kawan sepejabat dan keluarga mentua. Walaupun hanya dari Pulau Pangkor, terimalah ye :D 


Ini souvenir untuk rumah kami. Hihi. Beriya beli ketam besar. Kot-kot nanti boleh masak :p Ngedik dia tiap kali buka dan tutup peti sejuk. 

Korang boleh tengok video yang dibuat oleh encik suami di sini ( in case video di bawah tak boleh play ). Lagu kegemaran kami digunakan sebagai lagu tema video. Lagu apa?? OST Boboiboy The Movie. Haha! Encik suami buat video guna iMovie je. So hari kedua juga siap. Jemput tengok ye :)




Sekian sahaja cerita untuk hari kedua. Akan aku sambung kisah percutian ini dalam entri part 3 nanti. Rasa dah panjang sangat entri ni (^_^)

Thank you for reading,

Till then,

Love,
  SiQaH 

36 comments:

  1. Hai Siqah. Cantiknyee awaaaaa..

    Kita baru dpt bukak blog awak since google+ kene blocked kat opis kahkahkah. Tu yg dapat url awak bila buka guna phone. Btw salam kenal n thank you selalu drop komen hehe.

    Bestnyaa family day. KIta mmg suka pi pulau pangkor hehehe. Last pg 3 taun lpas. Rindunyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eka :) salam perkenalan jugak :)

      google+ kena blocked kat ofis rupanya. kat ofis saya pun sama. blog pun kena blog. hihi.

      kalau rindu, nanti boleh pergi pangkor lagi. best family day :D

      Delete
    2. Hahaha sebenarnya sblum ni kne blocked juga blog tp skang bole bukak haha. Kite org perak haha tp jarang pi pangkor

      Delete
    3. Untunglah blog dah boleh bukak kat office. Hihi. Biasanya orang perak lah yang tak pergi pangkor. Orang jauh yang bersungguh nak datang. Hihi.

      Delete
  2. wah wah wah.. seronok nya! okay masuk wishlist la jln2 pangkor. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy! nanti pergi eh. tak jauh mana pun :)

      Delete
  3. bestnya...suka sangat tgk view yang cantik mcm ni...saya pun tak pandai snorkeling...huhu...

    dear, apa kata u besarkan gambar jadikan extra large..tak puas la tengok gambar2 u sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. high 5 untuk tak pandai snorkeling. hihi

      siqah update blog guna phone je sis. so tak tahu apa jadi kat gambar sebab mostly online guna phone je. kadang-kadang guna laptop cuma malas nak edit post. hii. btw, tq sis wahida for the suggestion, and tq jugak tengok gambar siqah :)

      Delete
  4. wahh...seronoknya dapat jalan2 kat pangkor..tak pernah lagi pegi pangkor..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bolehlah pergi nanti. Boleh pergi bila2 masa pun. Takde monsun :D

      Delete
  5. Bestnya Iqa. Apa yg menarik minat kakak snorkling sebab kakak tak pernah lagi tau. Anak-anak suka tapi kakak ni tak ada kekuatan hati. Penakut:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak :( saya pun penakut jugak. Suka nak snorkelling, bersungguh nak tengok keindahan dalam laut tapi kekuatan takde kak. Siqah maybe sebab tak pandai berenang kot. So rasa tak yakin. Tapi nak jugak cuba nanti. Jom kak sesama kita cuba :)

      Delete
  6. cntik pmdgnnya..

    eh comel benor ketam tu..hhihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sea view * in love *
      Ketam ngedik nama dia. Hihi.

      Delete
  7. wah seronoknya..pergi dengan famili tambah meriah la segala aktiviti yg dibuat..akk pegi pngkor mandi laut n picnic je..klu dpt snorkeling n ronda2 camni best kan..ntilah tggu anak besar sikit baru boleh buat aktiviti adventures camni dengan bestnya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak best. Lagi best kalau pandai snorkelling. Hihi. Picnic pun best jugak kak! Nanti bolehlah anak dah besar pergi eh. Anak-anak pun boleh feeling sikit :D

      Delete
  8. selamat tenghari siqah
    best nya tengok gambar2 percutian gini
    kaknoor tak pernah pergi lagi
    boleh masuk dlm list ni bila balik kampong nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat kak :) Domestic je. Hihi.

      Selamat malam kak noor :)

      Delete
  9. wah bestnya cuti2 ya Siqah
    kaknoor belum pernah ke pulau pangkor
    boleh lah masuk list nnt bila balik kampong

    ReplyDelete
  10. malu nak mengaku..ekeke....orang perak tapi tak pernah sampai pulau pangkor pun... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Agak dah, orang perak mesti tak sampai lagi. Orang selangor jugak yang pergi dulu. Hii. Dekat je dengan mawar, boleh pergi bila-bila :)

      Delete
  11. subhanAllah indahnya pemandangan tu siqah..suka akak tengok..menikmati keindahan alam bersama ahli keluarga ianya sangat membahagiakan..syukur..matahari terbenam tu..Allahu...indah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bahagia kak PC bersama keluarga :) Cantik kan sunset kak. Always favourite view, subhanallah..

      Delete
  12. Alolololo.. Chomeynye dia tido dalam buai.. Encem la..

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat spent time dengan family begini :)

    ReplyDelete
  14. Bestnya Siqah. Pandai suami buat video tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak :) Saya menumpang je dalam video. Dia je reti buat video dalam family siqah :)

      Delete
  15. Replies
    1. Indah juga Pangkor. Sesuai untuk percutian keluarga :)

      Delete
  16. Kan. Suka laut. Tenang je nampak. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  17. alhahai bestnya dapaat bercuti reramai gini. semua sporting ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak sesekali bercuti bersama keluarga. Tapi nak kumpul semua orang memang agak payahlah...

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife