Buku Sound Direct by Ustaz Abdullah

instalife

April 03, 2016

Buku Sound Direct by Ustaz Abdullah



#SoundDirect Buku agama yang mengandungi Tazkirah-tazkirah panas yang panas lagi memanaskan. Ditulis oleh Ustaz Abdullah Khairi. Beliau aktif sebagai penceramah di Radio Mutiara FM, Kedah FM, dan Radio IKIM. 

Aku tertarik dengan buku ni bila tengok je kulit muka buku depan. Macam seram je nampak muka Ustaz Abdullah. Aku baca sedikit di MPH dan decide untuk beli buku ni. 




Ada empat bahagian dalam buku ni. Terbahagi kepada Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah. Setiap topik dalam setiap bahagian yang diutarakan, hanya ada 3 atau 4 muka surat sahaja. Pendek dan berkesan. Setiap topik dimulakan dengan Sound Sedas! Kemudian dimulakan dengan ayat Al Quran yang berkaitan, hadis-hadis, dan cerita-cerita teladan. 

Segmen Sound Sedas memang adakalanya tertempek kena di muka. Aduh! Ayat pendek, tapi kesannya berganda.

Antara ayat-ayat Ustaz, petikan Al Quran, dan hadis dalam buku ni adalah: 

#1 Allah yang mengatur dan menetapkan rezeki kepada semua makhluk dan hamba-hambaNya. Semua rezeki itu datang daripada Allah, tetapi tetaplah kita perlu berikhtiar. 

#2 Sesungguhnya, sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi hukum dan ketetapan Allah, adalah oranh yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun dengan akal fikirannya ( Surah Al-Anfal, ayat 22 )

#3 Ikhlaskan niat beribadah kerana Allah dan lakukan ibadah secara berterusan walaupun sedikit, kerana Allah menyukai amalan ini. 

#4 Dan penuhilah janji, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya ( Surah Al-Israk, ayat 34 ) 

#5 Sesungguhnya kebaikan yang terbesar adalah berbuat baik kepada orang yang sudah berbuat buruk kepada kita. Maksudnya, membalas kejahatan dengan kebaikan. Inilah kebaikan yang terbesar. 

#6 Diri ibarat cermin, perasaan syukur dizahirkan melalui anggota badannya. Perasaan syukurnya dapat dinilai melalui amalan zahir tubuh badannya. 

#7 Janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya kamu tidak dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung ( Surah Al-Isra', ayat 37 )

#8 Dahsyatnya Kiamat - Kemudian ( ketahuilah bahawa ) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-gananh diangkat lalu dihancurkan keduanya sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput dan runtuh ( Surah Al-Haqqah, ayat 13 hingga ayat 16 ) 

SOUND SEDAS! 

#1 " Al-Quran pun kita tak baca, macam mana nak dapat hidayah Allah "

#2 " Iman ni selalu bertambah dan berkurang. Tetapi, berkurang macam mana? Kita nak pergi masjid dengaq ceramah pun malas. Tengok waktu solat subuh sudahlah, ada berapa orang ja " 

#3 " Ada orang, dia boleh bersembang di kedai kopi berjam-jam, tuan-tuan. Tetapi, pagi ni dia tak boleh berzikir walaupun lima minit. Kenapa, tuan-tuan? Kerana iman di dada! "

#4 " Bila kita letak Allah adalah segalanya, Allah akan tolong kita. Ni, kita tak yakin, tuan-tuan... " 

#5 " Kita nak sombong apa tuan-tuan dengan pangkat kita, apa ada, Dato' ? Masuk dalam kubur ada Dato' ? Ada Tengku? 

Banyak lagi input daripada buku ni. Membuka mata dan minda semestinya. Kadang-kadang kita sudah tahu hal nya, tetapi masih degil dan tidak berusaha ke arah itu. Semoga kita akan berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. 

Thanks reading :)

Love,
  SiQaH 

17 comments:

  1. Wah betul kena sedas tu..
    Tapi memang style dia mcm tu, akk suka dengar ceramah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkena kan. berdas-das rasanya. saya baru kenal ustaz ni selepas beli buku beliau :)

      Delete
  2. kalau tengok bingkisan ceramah Ustaz Abdullah Khairi di youtube pun ianya sangat terkesan siqah..bersahaja tapi memang kena pada kita..terima kasih berkongsi serba sedikit isi buku ni ya siqah...moga sama2 dapat manfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. moga sama2 kita mendapat manfaat. hanya berkongsi sedikit sebanyak daripada buku ini :)

      Delete
  3. bagus buku ni, kena beli dan baca jugalah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea! sila ke kedai buku berhampiran. harap beri manfaat kepada awak juga :)

      Delete
  4. Ustaz Abdullah Khairi mmg best. Insya Allah nak beli n baca jgk nnt. Trima Kasih krn berkongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu mengenai ustaz ni. first time kenal selepas baca buku beliau. sama-sama awak :) buku yang baik haruslah kita berkongsi :)

      Delete
  5. hai siqah. firstly tq sebab landing blog aida.
    2ndly, tq for sharing buku ni.
    asben suka buku gini. nice walaupun pedas.
    kekadang, kalu ditegur lembut kurang kesan nyer kan.
    tegur pedas sedas, baru terpaku ko di situ.
    terus sedo diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aida :) Welcome and thank you jugak singgah blog siqah yang tak seberapa ni :D

      hihi, betul jugak tu, kadang-kadang manusia ni kena sound sedas baru sedar diri. tak makan saman tegur lembut2 ni. hii

      Delete
  6. Pergh Siqah.....sure terasa pedasnya cili ni kalau baca hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. orang yang tak makan pedas pun boleh terasa pedasnya cili tetiba :D

      Delete
  7. Wah... Memang sound direct ni... Hihi buku yang bagus utk dijadikan bahan bacaan.. Buat tambah ilmu dn perbaiki diri.. InshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Moga perkongsian buku ni dapat memberi ilmu kepada pembaxa juga, CikLa :)

      Delete
  8. Assalammualaikum terima kasih diatas perkongsiaan yg bermafaat ini semoga diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife