Makan! Makan! Happy Luncheon!

instalife

April 21, 2016

Makan! Makan! Happy Luncheon!

Hari ni, sempena waktu makan tengahari, aku nak bercerita mengenai makanan! Hihi. Siapa yang tak suka makan? Angkat tangan! Eh, ada ke orang yang angkat tangan? Biar betul korang tak suka makan. Ish ish, rugi weiii! Hahaha! 

Rugi lah. Tapi sekarang, bila diuji peratusan lemak tinggi dalam badan, seram! Huhu! Muscle mass normal dan peratusan lemak tinggi. Boleh gitu pulak ek? Huhu. 

Berbalik kepada kisah makanan, sebenarnya nak cerita pasal random picture yang aku ambil mengenai makanan dan minuman je. Bukan apa sangat :D


Keep calm and drink coffee like a boss :D 

Kopi RM5 dah banyak jual di tepi jalan. Aku beli jugak ahad lepas sebab rasa dahaga sangat! Jumpa juga satu kedai kopi ni di area kedai depan rumah. Beli latte as usual. Hihi. Sedap jugak cuma agak manis for me. Kopi RM5 ni aku rasa bahan sama je untuk semua kedai yang jual. Cuma nama yang diberikan berlainan mengikut penjual dan cara pembuatannya. Kopi sebegini yang paling sedap aku pernah minum di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Terletak betul-betul di hadapan jalan masuk ke hotel kami. 


Pernah makan roti Cheese Stick atau pernah dengar? Aku hanya makan roti Gardenia saja. Bagi aku, roti Gardenia yang paling sedap sekali. Sehingga kawan aku, Hanis, ada belikan roti Cheese Stick untuk kami semua sebab katanya Mak dia suruh beli sebab sedap. Dan cakap Mak Hanis memang betul! Ternyata sedap! Kalau cicah dengan air panas, lagi sedap! Makan macam tu je pun sedap jugak! 

Jenuhlah aku cari roti ni di kawasan rumah. Dan akhirnya jumpa roti ni di pasaraya yang baru buka di kawasan rumah. Ahhh, lega! Boleh beli bila-bila saja! Hihi. Korang boleh cuba, sedap! :D


Durian Crepe! Tak pernah suka durian crepe sehingga aku makan yang dibuat oleh Fafamie. Orang yang sama buat Mango Chesse Tart  Selama ni durian crepe hanya dipandang sepi oleh aku. Sebab aku hanya suka makan durian. Makanan lain yang menggunakan durian seperti kek durian, tempoyak memang aku tolak tepi. First time rasa durian crepe dan sedap! Disebabkan encik suami tak suka sangat, makanya aku makan 5 ketul dan dia makan 1 ketul je. Hahaha! Dah tahu rahsia kegemukan aku? Hahaha! 


Kambing bakar!! Yeehaaaa! Kegemaran sangat ni! Tak boleh say NO! Hihi! Makan semalam di kedai makan area rumah. Harga RM10 untuk 200g bersama sekeping roti. Sedap! Sekarang, dah tahu mana nak cari kambing bakar kalau terasa nak makan. Hii. 


Bila makan bersungguh, air masak dilupa jangan. Cool Rhino C2 sangat sesuai diminum tambah lagi bila cuaca panas begini. Dua kali teguk, habis licin! 

Sekian saja cerita mengenai makanan dan minuman. Ada tak yang turut menjadi kegemaran korang semua? Boleh kasi high 5 sikit! :D

Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading,

Love,
  SiQaH

18 comments:

  1. Durian Crepe dulu kak PC tak suka entah tak tahu sebab apa...tapi ada kawan suruh cuba...amik..dah jadi suka pulak..hihihi..alhamdulillah di negara kita ni beraneka menukan..tinggal pilih saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak PC :) Alhamdullilah, negara kita memang banyak jenis makanan. Untung duk Malaysia. Hihi.

      Delete
  2. Citer pasal mkn org tgh lapo nih.

    ReplyDelete
  3. Durian crepe suka :) menarik roti cheese, macam sedap.. belum pernah c7ba kopi lagi..nanti nak stop dan try la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kak fai cuba cheese stick. Sedap! Mesti nak beli lagi punya. Hihi. Kopi rm5 dah banyak jual sekarang. Nanti singgah dan try ye kak :)

      Delete
  4. Akak pun bukan pengemar durian tapi teringin nk mkn durian crepe ,...beli juga untuk merasa ...rasa ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je nampaknya macam tak berapa suka ye kak SI :D Makan durian original jugak yang paling sedap kan kak? :D

      Delete
  5. roti cheese stick tu mmg selalu makan...feveret tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 kak wahida!! Hihi. Sedap kan. Kegemaran siqah jugak sekarang 😍

      Delete
  6. akak pun suka durian creepe tu, baru order dengan member, minggu depan dia bawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti siqah terjah blog akak. Mesti ada review pasal durian crepe yang akak order pulak kan. Hihi

      Delete
  7. hikss.....sedapnya tengok kambing bako tu....durian crepe pun menarik perhatian saya...ahhahah #dasarpemakan memang begitu..nampak makanan berbunga hati :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Memang dasar pemakan sebab samalah siqah pun. Nak gak #dasarpemakan Hihi. Nampak makanan menyelerakan, sure happy je rasa :D

      Delete
  8. Ehhh, ade ye roti cheese stick tu? Nak cuba jugaqlah nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada awak cuma tak semua kedai ada. Boleh nanti awak cuba ye. Hope menepati citarasa awak juga :)

      Delete
  9. Replies
    1. Alorrr.. Nanti balik makan eh amira :) Bila berada di luar negara , pasti makanan Malaysia paling dirindui.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife