Rasa semua dah tahu mengenai plan MaxisONE yang telah diupgrade mengikut jenis plan. Sebelum ni, aku guna plan MaxisONE berharga RM128 untuk data internet 3GB dan 1GB tambahan berharga RM30. Memang mahal pun kalau dibandingkan dengan syarikat telco yang lain. Tapi, masih tak mahu tukar sebab aku jenis yang berjimat menggunakan internet. Sebab tak nak bayar lebih daripada harga plan walaupun tahu mahal.
Makin lama, makin bengang pulak rasanya bila tahu plan telco lain semuanya murah. Kawan aku ada guna Digi plan dan U Mobile plan. Murah je. Yang pasti, harga lebih murah dengan data internet yang lagi banyak.
Aku bercadang nak tukar plan Maxis kepada telco lain. Tapi takut jugak kalau tiada line atau kurang line di rumah aku. So aku hold on je sampai lah tetiba dapat sms daripada Maxis Jumaat lepas yang bagi aku happy! Hihi.
Secara rasmi, my MaxisONE plan is upgraded to 10 GB per month! Yeayyyy! Tak perlu risau untuk guna internet selalu. Hihi. Happy! (*^_^*)
Maxis pun lah, lambat betul bertindak untuk memuaskan hati pengguna. Nak kena tunggu pengguna Maxis berhijrah ke telco lain secara berjemaah, barulah nak upgrade plan yang sesuai untuk bertanding dengan telco lain.
Kesimpulannya, aku akan setia dengan Maxis. Orang kata Maxis banyak 'hidden charges', tapi aku tak pernah mengalaminya. Bil setiap bulan sama je jumlahnya. Cuma Maxis, bolehlah kiranya berfikir untuk kepuasan pengguna dan upgrade line Maxis di kawasan kampung dan pedalaman. Bengang pulak bila balik kampung aku di Karak, dan tiada line. Line phone pun tiada, apatah lagi internet.
Terima kasih Maxis untuk perubahan plan MaxisONE! Really happy! 。^‿^。
Korang pula pakai telco apa? Pelbagai syarikat telco sekarang, pilih je mana yang menarik perhatian. Telco pun berlumba-lumba nak beri plan paling menarik dan murah untuk pengguna.
Thanks for reading and have a nice day, all :)
Love,
SiQaH
Alhamdulillah syukur...hehe kepas ni tak sedih lagi...amin...yeyyyy lompat bintang...
ReplyDeleteYeayyy! Memang tak sedih dah! Seronok je rasa tengok data internet 10GB. Hihihi
DeleteHoyeayyyyyyy..sama dgn akk juga..hehe..ada kawan2 akak kan dpt 13gb & 15gb tau .perghhh..lagi la..akk sbb ada contract sampai bln 10 ni .lps tu baru tgk nak tukar lain ke atau stay je😂😂😂
ReplyDeleteHaah kak, kalau ambil pakej yang mahal, upgrade data internet lagi banyak. Baguslah tu kan. Baru persaingan sihat antara telco. Tak lah rasa rugi membayarnya 😁😁
DeleteSambil tunggu contract habis, boleh lagi fikir kak nak stay or tukar, hii
Dulu pakai maxis, tukar celcom, tukar digi, tukar tune talk, last skrg tukar celcom semula..hi hi
ReplyDeleteEh, u mobile pun pernah guna, mmg murah sgt, tapi line masalah.
Wahhh banyaknya telco akak pernah guna. Siqah pernah celcom je. Dari celcom ke maxis. Tukar tu pun sebab line celcom slow di rumah. Haa tu lah, siqah pun ada dengar juga U Mobile, plan bagus cuma tulah line masalah..
Deletedah lama tak guna maxis
ReplyDeleteHii. Kak Ila guna apa pula? :D
DeleteCikla skrg guna maxis jugak tp prabayar. Nk guna telco lain mcm x yakin sbb takut line xde kat area umah cikla ni. so, bertabah ajelah dgn maxis kan.. Hehe
ReplyDeleteSama! Siqah pun takut nak tukar sebab takut line tak clear. Bertabahlah dengan maxis, mujur sekarang dah saing2 telco yang lain :)
DeleteAlaaa mcm tak dapat je msg dari maxis ... Rasanya , nadia punya bukan maxis one plan la kot ... Hmmmm
ReplyDeletehaaa bukanlah tu nadiah.. cuba pergi maxis sendiri tanya..
Delete