Assalamualaikum semua :)
Kerja adalah satu ibadah kerana bermaksud kita melakukan tugas dan tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.
Cuma..
Bukan semua kerja dianggap sebagai ibadah. Pekerjaan kita dianggap ibadah sekiranya:
- Dimulakan dengan niat yang baik
Niat kerja hanya kerana Allah dan demi mencari pendapatan dan membantu keluarga. Tidak dilupa, untuk bayar hutang terutama hutang PTPTN. Hihi. Baca doa sebelum mula buat kerja.
- Dikerjakan dengan cara yang baik
Jangan ngulor lama sangat masa waktu kerja. Faham-faham jela kan. Masa makan hanya satu jam tapi digunakan masa berjam-jam. Masa solat, tak sampai 20 minit tapi pergi solat berjam. Yang selebihnya buat benda lain. Tak bolehlah macam tu. Kasihan officemate kita yang bertungkus lumus buat kerja. Ada juga masa kadang-kadang untuk bersuka ria. Bukanlah kena fokus je sepanjang masa. Pandai-pandailah. Hihi. Tapi terkadang, aku ngulor jugak bila aku rasa productivity aku dah cukup. Hihi.
- Tidak melupakan ibadah wajib
Solat. Macam mana sibuk sekalipun, solat jangan tinggal. Biar lambat asalkan buat. Cuma kalau boleh, janganlah lewat sangat. Aku pun kadang-kadang terbabas juga lambatnya. Tahap kesibukan melampau. Huhu. Cuba elakkan :)
My officemate :)
"We become from "Boss" to "officemate" to "friends" and also "geng makan".
We do not go to work only to earn income, but to find meaning in our live.
A successful team is a group of many hands but of one mind. "
Antara kata-kata daripada our senior manager, Kak Sharina hari ni sempena Labour Day. Kata-kata yang sungguh terkesan di hati. Terima kasih Kak Sha. Sejuk hati bila dapat email sebegini daripada bos. Membuatkan kami lebih bersemangat nak buat kerja! :D
Habis cerita pasal kerja, cerita pasal cuti pula. Hihi. Cuti panjang 3 hari! Yeayyyy!!! Kami #gengmakan akan pergi bersuka ria di >>>>> Pulau Perhentian (^_^) Teringin sangat nak pergi sana dan Insyallah kami akan bertolak kejap je lagi.
Doakan agar perjalanan dan percutian kami berjalan dengan lancar dan baik ye. Risau jugalah nak bergerak all girls. Tapi keseronokan mengatasi segalanya. Hihi.
Where is your direction? Whenever it is, please always keep safe and have a great long weekend, everyone!
Selamat bergembira
。^‿^。
Dan
"HAPPY LABOUR DAY"
in advance
Sehingga bertemu lagi,
Thank you for reading,
Love,
SiQaH
Oo, gi cuti pulau perhentian, jgn lupa gi juga kuala teganu, cari kepok leko, cari kain batik, nasi dagang.
ReplyDeleteHappy labour day juga
Tak pergi Kuala Terengganu pun kak. Tak sempat. Keluar Besut terus ke area Kelantan nak minum teh tarik madu :D
DeleteBetul...apa pun perkerjaan yang baik niatkan kerana Allah...moga Allah permudahkan setiap urusan kita...moga ada keberkatan pada setiap hasil yang diperolehi...amin..moga selamat sampai dan kembali ya siqah... :)
ReplyDeleteTerima kasih kak PC :) Alhamdullilah, dah selamat sampai dari Perhentian :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat ini.
ReplyDeleteSama-sama. Moga kita sama2 ye :)
Deletetengok happening je officemate siqah tak mcm saya.. hari2 dengar gosip, mengata keburukan org. smoga selamat tiba di pulau and happy labour day !
ReplyDeleteAlhamdullilah awak. Itu yang sayang tinggalkan officemate. Kami dah serasi bersama :) Happy labour day awak.. Maaf lambat wish. Hii
Deletebetul tu
ReplyDeletekeje jgn sampai lupa Allah!
like this sentence!
Kan awak. Sama2lah kita ingat-mengingati :)
DeletePesanan yang sangat baik tu
ReplyDeleteseronok dapat bos yang baik dan kawan2 sekerja yang baik kan.
Haah awak :) Alhamdullilah dapat officemate yang baik..
DeleteAPA PUN NIAT KENA BETUL =)
ReplyDeleteBetul tu awak :) Niat kena betul..
Delete