Pernah tak korang rasa bersalah sangat bila korang salah faham mengenai sesuatu perkara? Aku baca entri tu sepenuh hati, tak tinggal walau satu perkataan pun tapi masih aku tak faham cerita sebenar.
Cuma aku agak pelik kenapa beliau menggunakan 'past tense' untuk entri itu. Tertanya-tanya juga, kenapa tak 'present tense'. Bila 'past tense', meaning you are no longer in that situation. Aku tak pandai sangat English cuma setakat bab tu aku tahulah jugak. But, still I congratulate her dalam hati saja. Not leave a comment.
And just 8 hours ago, she posted another entry! Dan ternyata semua orang salah faham mengenai entri beliau yang pertama termasuk aku! OMG! Aku mintak maaf sangat sebab dah salah faham. I'm truly sorry. Rasa bersalah sebab bila orang ucap tahniah pada kau tapi perkara tu sebenarnya tak jadi, so rasa terbeban kan? Luckily, you are not feeling like that.
Apa pun, aku minta maaf sekali lagi. I'm empathy you. It was truly hurts when I know that you were no longer pregnant and it was your second pregnancy. Besar sungguh dugaan untuk diri kamu. Sesungguhnya, Allah pilih kamu untuk ujian itu kerana DIA lebih sayangkan kamu. Insyallah, semoga ada rezeki untuk kamu kelak.
Membuatkan aku berfikir, masih ada orang lain yang diberi ujian lagi hebat daripada Allah. Diberi pengalaman mengandung tapi tidak kesampaian hajat untuk melahirkan dengan sempurna. Membuatkan aku lebih bersabar dan bersyukur atas semua yang aku alami sekarang. Aku masih belum dikurniakan rezeki anak walau hampir dua tahun kami berkahwin dan bila tahu mengenai kisah beliau, aku rasa sangat terkesan. Lagi hebat dugaanmu.
Semoga kita terus berdoa dan berusaha agar diberikan apa yang kita hajati. Insyallah, satu hari nanti akan diperkenankan doa kita. Kalau tidak juga, anggaplah ianya dugaan untuk kita di dunia ni. Jangan pernah putus asa dan jangan pernah sesekali berhenti mencuba.
Thank you for your sharing your story, RNadiaSabrina, and please don't stop sharing with us..
Love,
SiQaH
InsyaAllah..semoga rezeki awak untuk dapat anak dimakbulkan..jgn putus asa ok..
ReplyDeleteTerima kasih awak atas doa yang diberikan. Amin 😊🙏
DeleteBukan mudah untuk kita memahami kisah orang lebih lebih lagi jika banyak kiasnya..tapi percayalah itu salah satu cara merawat luka...akak setuju dengan siqah...masih ada orang lain terima ujian yang lebih hebat...
ReplyDeleteBetul tu kak PC. Sukar juga memahami kisah orang lain sebenarnya. Kita cuba nak masuk dalam dunia dia dengan cara memahami tapi salah juga. Kan kak, masih ada orang yang menerima ujian lagi hebat. Moga kita semua tabah walau apa pun yang jadi..
DeleteTerus berdoa dek...InsyaAllah satu hari pasti Allah kabul kan.....berdasarkan pengalaman akak sendiri.
ReplyDeleteInsyallah kak :) Terima kasih atas doa yang diberikan. Amin 😊🙏
DeleteKan yank ... Empathy for her ... But she is a strong woman untuk hadapi dugaan besar .
ReplyDeleteMungkin , kita yang melihat dan baca dah rasa berat ... Lagi berat bahu dia yang memikul.
Just we pray the best for her . Doakan dia kuat semangat . Semoga Allah beri rezeki dan sinar dalam life beliau , satu hari nanti . Amin .
Kan yank. Semoga Allah beri rezeki kepada beliau. Semoga beliau tabah hadapi semuanya. Amin..
Deletetapi masih bernasib baik sebab x tinggalkan komen.
ReplyDeletekalo tinggalkan komen nesti lagi rasa bersalah kan~
hehehehe
betol tuh.. jangan pernah putus asa. usaha! usaha! dan terus berusaha!
Hehe. Betul tu awak. Kalau siqah tinggalkan komen, mesti rasa lagi bersalah. Rasa nak delete je komen tu balik. Hii.
DeleteTerima kasih atas semangat yang diberikan! Usaha! Usaha! Usaha! 。^‿^。
patah hati akan menguatkan hati mbak Siqa :)
ReplyDeleteBetul tu. Kuatkan semangat kita :)
DeleteTerima kasih ye singgah blog siqah :)
Begitulah Iqa. Selagi kita hidup pasti ada ujian
ReplyDeleteTapi kena percaya bahawa setiap ujian pasti ada hikmahnya
Mana tahu kelak ada yg lebih indah disebalik menanti. Baru 2 tahun ada yg berbelas tahun Iqa..
Alhamdullilah kak atas semua yang dimiliki sekarang. Walaupun tiada rezeki anak, rezeki lain ada juga yang datang. Betul tu kak, siqah baru 2 tahun dah bersungguh memikirkannya, apatah lagi pasangan yang sudah berbelas tahun kan. Ada hikmah di sebalik semuanya... Kuatkan semangat :)
DeleteAssalamualaikum Siqah...
ReplyDeleteOkay...faham sikit2 entri ni...
Bab yang satu lagi tu..doa banyak2..sabar..dan redha.. (akak dah 9 tahun...)
Waalaikumusalam kak Fida :)
DeleteTetap teruskan semangat ye kak untuk berdoa dan berusaha. Insyallah. Mari kita sama-sama ye kak. Akak dah 9 tahun pasti lagi memahami..
Rezeki itu rahsia Allah. Ada org bertahun tahun kawin pun tetap sabar menunggu cahaya mata. Apa yg penting jgn jemu berdoa... Anggap itu ujian utk kita.. Btw.. Cikla singgah sini jln2...
ReplyDeleteBetul tu CikLa, rezeki itu rahsia Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa, usaha, dan tawakkal saja. Semoga diperkenankan doa satu hari nanti.
DeleteTerima kasih CikLa atas nasihat yang diberikan dan singgah blog siqah :)
tu lah...kadang2 kita rasa dugaan yang datang sangat berat untuk kita, sebenarya ada lagi ramai yang lagi berat ujian mereka...
ReplyDeleteapapun, semoga siqah dikurniakan anak jua satu hari nnt...jangan putus berdoa ok..
dan semoga kawan siqah tu tabah hadapi dugaannya...
Kan kak. Orang lain lagi berat ujian, cuma kita yang tak tahu. Jangan pernah merasa hidup kita saja ada ujian.
DeleteTerima kasih kak wahida atas doa akak :) Amin 😊
InshaAllah ada rezeki nanti dear, momohon, minat dengan budak-budak inshaAllah take cate dear.
ReplyDeleteTerima kasih kak fai :)
Deleteterus kan berdoa ye siqah.
ReplyDeletejgn putus asa.
be strong and be happy all the time.
Insyallah, tidak akan berputus asa :) Terima kasih kak aida :)
Deletekdg kt rasa dugaan kt dh berat tp sbnrnya ada lg yg lbh berat dri kt.. inshaaALLAH ada rezeki..
ReplyDeleteKan Yui. Rasa hidup kita dah cukup berat dengan ujian, rupanya ada lagi yang menerima ujian lagi hebat. Membuatkan kita bersyukur apa adanya. Tq Yui :)
DeleteSinggah pagi ♥
ReplyDeletebykkan bersabar dear...
Allah telah berjanji setipa hambanya ada rezekinya masing²...
Akk nie dah 4 tahun kwen,tapi belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata..
tapi akk bersyukur..sebab husband dan family sgt faham dan tidak pernah mendesak atau bertanya soalan² yg boleh menguris hati...Bykkan berdoa..buat solat hajat..:)
Akak pasti lagi kuat dan tabah daripada siqah. Siqah baru hampir 2 tahun dah berkeluh kesah :( Family ada juga yang bertanya, mereka tak mendesak cuma bertanya. Kadang-kadang jauh di sudut hati, siqah terasa juga. Tapi buat tak tahu jela. Alangkah bagusnya kalau kita tahu jawapan bagi soalan itu kan kak. Mari kita sama-sama berdoa. Moga diperkenankan olehNya satu hari nanti :)
DeleteInsyallah.. selagi berusaha rezeki tuh akan tetap ada..cuma cepat atau lambat aje..
ReplyDeleteBetul kak. Rezeki itu rahsia Allah. Sabar, doa dan tawakkal saja yang boleh..
DeleteDont worry Siqah, In Shaa Allah suatu hari nanti ada rezeki buat Siqah. Teruskan berdoa and jgn putus asa! :)
ReplyDeleteTerima kasih Ain :) Tidak akan pernah putus asa :)
DeleteBila tersalah cakap perkara yang ditakuti andai dia terasa hati tapi itulah kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.
ReplyDeleteMoga tabah dalam menghadapi dugaan dariNYA.
Mujur dia tidak terasa hati. Kalau iya, pasti sudah rasa bersalah menggunung. Betul kak, kita manusia tak pernah lepas daripada buat kesilapan. Moga dia tabah hadapi dugaan ini.
DeleteinshaAllah akak doakan satu hari nanti siqah dikurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan berusaha ya.
ReplyDeleteadik akak hampir 3 tahun kahwin punmasih belum ada anak lagi
Terima kasih kak AA :) Insyallah, moga ada rezeki untuk kami berdua dan adik akak juga :1
DeleteJangan pernah give up ye Siqah..... Insyaallah sampai masa nanti akan sampai rezeki zuriat buat awak berdua. Teruskan berdoa
ReplyDeleteTerima kasih mak :) Tidak pernah putus berdoa
DeleteWhat's up, I want to subscribe for this website to obtain latest
ReplyDeleteupdates, therefore where can i do it please help.
Hi, Neat post. There's a problem together with your website
ReplyDeletein web explorer, would test this? IE still is the market leader and a good portion of other folks will omit your great writing because of this
problem.