Aku nak berkongsi mengenai satu novel yang baru aku habis baca minggu lepas bertajuk Am I Normal Yet? by Holly Bourne. Novel ini adalah novel pertama dalam The Spinster Club series. Aku tertarik untuk baca novel ini selepas ternampak novel ketiga dalam series nie yang baru saja berada di pasaran. Makanya terus terjebak beli novel pertama. Hee.
SINOPSIS
Mengenai kehidupan Evie yang berumur 16 tahun dan mempunyai OCD ( Obsessive-Compulsive Disorder ). Evie mahu kehidupan normal sebagai seorang remaja. Disebabkan itu, dia terlalu taksub untuk mendapat boyfriend di usia muda dan tidak beritahu hal sebenar mengenai OCD kepada kawan baiknya, Amber dan Lottie ( The Spinster Club's member ) .
Evie takut sebenarnya nak beritahu kepada kawan baiknya. Sebab dia pernah beritahu kepada kawan baiknya semasa sekolah rendah, Jane, dan Jane menjauhkan diri daripadanya. Evie tak nak perkara sama berlaku lagi jika dia beritahu kepada Amber dan Lottie.
Evie juga selalu ada Bad Thoughts about everything. Especially when it comes to germs!
Evie's Worry Topic
Evie ada pakar psikologi bernama Sarah. Setiap minggu akan jumpa Sarah dan senarai di atas perlu diberi pada Sarah setiap kali perjumpaan mereka.
Evie bertemu dengan 3 orang lelaki, Ethan, Oli, dan Guy yang menunjukkan minat kepadanya tapi semuanya hampeh! Hahaha! Dalam novel ni tidak ada lelaki yang baik budi pekertinya. Budak remaja lelaki agaknya begitu. Hehe.
REVIEW
Totally love this novel! Ini adalah kali pertama aku baca novel mengenai seseorang yang mempunyai OCD dan secara tak langsung, aku lebih memahami apa yang difikirkan dan dihadapi oleh orang OCD.
Susah sebenarnya! Mereka bukan tak nak jadi normal tapi tak boleh. Manusia masing-masing ada otak untuk berfikir cuma orang OCD terlebih berfikir mengenai sesuatu perkara terutama bab kebersihan.
Menarik buku ini sebab aku belajar mengenai kisah hidup orang yang mempunyai OCD. Aku suka baca novel mengenai kisah begini, lain daripada lain, dan membuatkan aku lebih terbuka minda untuk memahami orang seperti itu. Orang yang nampak normal tapi sebenarnya ada perkara tersembunyi dalam diri.
Evie mempunyai perasaan rendah diri. Dia sentiasa memikirkan bahawa dia ada masalah mental. Akhirnya, Evie sedar bahawa OCD adalah satu kelebihan diri yang perlu diterima dengan rela hati. Only then, she will be happy! Yeayy! I'm happy for you too!
Evie juga berterus terang dengan kawan baiknya mengenai OCD selepas dia dimasukkan ke hospital. Dia boleh cuci badan dia yang dikatakan penuh kuman itu menggunakan peluntur. Huhu.
Adakalanya aku macam tak percaya, 'ada ke orang tahap pembersih camni?', tapi betullah ada. Cuma aku tak pernah jumpa.
Buku lain dalam The Spinster Club's series
Aku akan beli 2 novel di atas dalam The Spinster Club's series. Nak beli online tapi start minggu ni, aku cuti dua minggu. Makanya mungkin terpaksa menapak di kedai buku berdekatan. Tak sabar nak habiskan baca kisah seterusnya dalam The Spinster Club!
kalau best,. dh tntu nak follow koleksi akan dtg.. kann
ReplyDeleteBetul tu yui. Mesti nak baca sehingga ke akhir cerita nie..
DeleteDah lama akak tak baca novel Shiqah..
ReplyDeleteDulu2 rajin baca novel bersiri inggeris ni ..
Best kan..
Best kak! Siqah pun sekarang kadang2 je baca kak...
DeleteHoiss bestnye dapat baca novel sampai habis.. hurrmm.. dengki tauu...!!
ReplyDeleteHehe. Alaaa lea, tak mahu dengki plsssss 😉 nanti lea ada masa, baca novel sampai habis jugak tau 😊
Deletenampak menarik! wonder yg akhirnya Amber & Lottie tahu tak pasal OCD Evie ni :D
ReplyDeletehanisamanina.com
Hee! Tahu dear. Evie berterus terang akhirnya. Itulah ending novel siri pertama ini :)
Deleteblog kak siqah makin cantik wuuuu
ReplyDeleteHehe. Thank you dear! ♥ ♥ mMmÜWaäaHhH..!!!! ♥ ♥ 🙈💐
Deletemenariknya! waahh..dh bertukar! nmpk jelita di tepi itu..haha
ReplyDeleteHahaha 🙈 Tukar lagi wajah blog. Hihi.
Delete
ReplyDeleteSalam singgah pg dari "http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html"! misi hbiskn berblogwalking.hihi
Haha. Congrats dear! Nama siqah atas nama mas je tau. Ternyata rezeki milik mas 😊
DeleteHi Siqa! Tukar template lg.. Hihihi tahniah dear! Reen singgah untuk cak cak template baru Siqa. 💋
ReplyDeleteHehe. haah dear, siqah tukar template lagi. ada je yang tak puas hati dengan template lama kan. hehe. Tq reen singgah sini :)
DeleteHahahaa itu perkara biasa. Reen pun dah mula rasa tak puas hati sikit dengan template sekarang.. Sebab http terlalu tinggi. Kena setting rendah, tapi tak tahu macam mana. Adeh....
DeleteAlamak camne nak tahu http terlalu tinggi?? Blur nya siqah. Siqah memang tak reti bab tu. Bukan setakat tak reti, failed terus. Hehe. Reen belajar dan tukar lagi template ye. Siqah suka template reen jugak. Kemas je tengok =)
DeleteSiqa leh baca dalam post terbaru Reen tentang pengubahsuaian.. Dalam tu Reen ada bagi setiap link untuk tengok status blog.
DeleteReen tak tukar template.. Cuma edit sikit-sikit dan buang widget yang tak penting. Now blog reen dah ringan sikit dari sebelum ni.
Oo reen buat pengubahsuaian blog ye. Rajin haa buat :)
DeleteBaik. Siqah terjah blog reen nanti ye. As always, blog reen menjadi rujukan kepada rakan blogger. Keep it up dear :)
terima kasih perkongsian nya puan ...ajarkan say dikit ilmunya.....:)
ReplyDeleteHappy to share :)
Delete