Music From Japan

instalife

September 04, 2016

Music From Japan

Hello semua :) 

 

Hari ni topik dalam Photo A Day Challenge adalah Music! Makanya, aku nak share mengenai muzik pulak. Best juga bila ada topik nak update blog kan? Hee. 

Dulu masa zaman belajar, aku suka dengar lagu Jepun. Mungkin sebab aku duduk sebilik dengan Ayu yang suka tengok anime. Mungkin juga sebab ada kawan satu kursus yang suka sangat Jepun iaitu Azma. Mereka berdua adalah sumber aku dalam lagu, drama dan anime Jepun. 

Sekarang aku hanya dengar lagu Jepun yang zaman dulu je. Tak tahu keseronokan lagu Jepun zaman kini sebab tak pernah explore. Drama / Filem Jepun pun tak tengok dah sebab aku dah beralih kepada negara jiran Jepun iaitu Korea! Hee. 

Tapi untuk hari ni aku nak share satu lagu Jepun yang aku suka sangat. Hingga kini aku masih dengar lagu ni dan kadang-kadang dengar dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Repeat je. Haa. Nampak tak kesukaan di situ? Hee. 

Lagu bertajuk: 

Endless Story 

 
Lagu ni dikeluarkan pada tahun 2005 dan dikeluarkan atas nama Reira starring Yuna Ito. Reira adalah nama watak dalam filem Japan bertajuk Nana dan daripada filem ini juga aku tahu mengenai lagu ini. 

Aku masih ingat, masa part lagu ni keluar dalam filem ( Yuna Ito buat persembahan ), aku menangis! Sebab lagu ni sangat sesuai dengan filem tu. Terkesan betul rasa! Walaupun masa tu tak faham lirik lagu. Cuma boleh agak lirik lagu mesti sedih :( 

Lagu ini dinobatkan sebagai "Best Love Song of 2005" oleh majalah Oricon di Jepun. 

Jom malam ni aku ajak semua dengar lagu Jepun. Tinggalkan lagu Korea tu kejap. Kejap je. Tak sampai 5 minit. Hehe. 

 




Ada lagi lagu Jepun zaman dulu yang aku suka dengar. Nanti ada masa aku share dalam entri yang lain pula ye. 

Happy listening, all =) 

Good night.


Photo A Day Challenge #4 - Music 

25 comments:

  1. who is this kak siqah sorry noob tentang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ini penyanyi Jepun. Akak pun tahu lagu ni je daripada dia. Hee

      Delete
  2. dulu-dulu akak peminat cerita jepun, paling minat kalau ada pelakon kesukaan akak takuya kimura..ngeh3 paling best drama beautiful life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan kak drama Jepun! Walaupun tak sehebat Korea lah. Hehe. Rasa macam pernah dengar nama pelakon tu. Drama tu pun cam pernah tengok. Hee

      Delete
  3. lirik lagu nya mmg menyentuh hati...

    ReplyDelete
  4. dulu time study suke layan lagu jepun, Glay - I'm In Love!....mmg sukeee sgt...hehehe,
    Mirae kiroro pun layan gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak pernah dengar lagu tu kak. Nanti siqah dengar pulak lagu akak suka tu 😊 haa mirae kiroro memang sure layan. Popular betul lagu tu kan. Best!

      Delete
  5. Tengah cuba faham dan menghayati lagu ni.. 😄

    ReplyDelete
  6. mek suka ayumi hamasaki tu. pastuh yg kiroro tu satu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Lagu ayumi hamasaki tu. Ingat2. Ada satu lagu dia siap ajar cara menari kan. Apa entah tajuk dia? Hee. Mirae kiroro sure win! ❤️

      Delete
  7. siqa suka dgr lagu jepun??????...wahh paham ke dear...tp menghayati lirik tu mcm menarik..siqa banyak2 tengok n dgr lagu org jepun..nanti ada baby cam org jepun muka tu..huhu..sbb dulu irda masa pregnant suka tengok kucing kat utube..layan mata kucing..sekali anak kuar cam mata kucing..wahh bayangkan kalau anak siqa cam org jepun..comei sesangat..hehe..irda suka layan hindustan.lagu hindustan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak dengar lagu jepun dear. Layankan je. Hehe. Wahhh anak irda mata cam mata kucing ek? Sure cantik. Mata kucing color lawa ❤️ insyallah dear. Kalau pregnant, terkenan anak macam jepun, comelnyaaaa la hai 😍 doakan siqah ye irda 🤗

      Delete
  8. Macam familiar..tapi x pasti masa dgr ni ada kat mana...sbb dengar beberapa tahun lepas tu rasanyaa...atau dengar muzik dia...tapi familiar laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sally pernah dengar ni kan :) Orang pertama yang cakap familiar lagu ni. Hehe.

      Delete
  9. best jgk ni..kak ayunie dh up entry gak psl challenge ni..bleh la nk buat jgk..ahaha..lgu jepun yg sy tau cuma miraie je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Mirae paling win lagu jepun! 😍 boleh silalah buat jugak challenge nie 😊

      Delete
  10. this is really my favourite type of genre. ballads kann :D tgh nak fahamkan lirik hehe. baru 1st time dengar.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 hanis! Go for ballads 😍 dah faham ke lirik lagunya? Hee. Hope hanis suka jugak 😘

      Delete
    2. lirik nya lovey doveyyy. hahahaha

      Delete
  11. tahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016

    ReplyDelete
  12. Anime NANA ke? Lagu2 dalam anime NANA memang semua best. lagu Reira A little pain pun best ;A;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul!!!! Itulah nama Anime nya.. siqah tengok yang live action je. Anime tak tengok pulak.. Best kan semua lagu dalam NANA. Rindu rasa nak tengok drama Jepun =)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife