Review Filem | Train To Busan

instalife

September 15, 2016

Review Filem | Train To Busan

Filem zombie dari Korea Selatan!

 
Aku sangat tertarik untuk menonton filem ini selepas baca artikel mengenainya di The Vocket. Tajuk artikel adalah "Produksi Hollywood dan Perancis Bersaing Untuk Dapatkan Hak 'Remake' Train to Busan"

Tertanya-tanya best sangat ke filem ni sampai bersungguh pihak luar nak dapatkan hak untuk buat 'remake'. Bukan calang-calang produksi yang berminat dengan filem ni. 

Maka, petang semalam, aku pergi menonton filem ini. Seorang diri. 

SINOPSIS 

Seok Woo, a fund manager, berjanji untuk membawa anaknya Su An kepada bekas isterinya di Busan sebagai hadiah hari jadi. Dia merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan pekerjaan sehingga menyebabkannya bercerai dengan mak Su An.

Dalam masa yang sama, dalam KTX ada juga pasangan Sang Hwa dan his pregnant wife, Seong Kyeong, sekumpulan pemain besbol, ketua penyokong kumpulan sorak besbol, Jin Hee, a selfish COO Yon Suk, adik beradik In Gil dan Jon Gil dan a homeless man. 

Sang Hwa and his pregnant wife, Seong Kyeong
 

Seorang perempuan yang telah dijangkiti berjaya masuk ke dalam KTX tanpa disedari. Dia gigit seorang staf wanita KTX dan seterusnya virus ini merebak sehingga bilangan orang yang dijangkiti sangat ramai.

Baseball team and Jin Hee
 

Kisah mereka berlawan zombie berterusan sehingga tiba di Busan. Hanya dua orang saja yang selamat daripada tragedi ini. 

REVIEW

Aku suka filem ni! Best! Lain daripada lain! Bukan seperti cerita zombie yang pernah aku tengok sebelum ni. 

Seperti biasa, cerita Korea penuh dengan teladan dan pengajaran. Dalam cerita zombie pun ada diselitkan mesej begitu. Kita boleh tengok bagaimana mereka walaupun satu negara masih ada sikap tidak mahu tolong menolong tambah lagi dalam situasi darurat seperti itu. 

 

Seok Woo, seorang ayah yang hanya mementingkan keselamatan dirinya dan anaknya sehingga tidak mempedulikan orang lain dan sanggup mengajar anaknya agar utamakan diri sendiri jika berada dalam keadaan terdesak.

Dan akhirnya si ayah sedar apabila orang yang tidak dipedulikan itu yang menyelamatkan anaknya daripada digigit zombie.

Dan apabila akhirnya dia juga sedar bahawa masalah zombie ini datang daripada syarikatnya sendiri. Masalah bioteknologi. 

A selfish COO! Hate him! 
 

Seorang COO yang kaya tapi sangat mementingkan diri sendiri! Aku benci sungguh watak COO ni! Mempergunakan orang lain agar dia boleh terlepas daripada zombie. Dan akhirnya, dia mati! Yes! Biar dia mati last sekali. Dia penyebab yang lain juga mati. Huh, geram!

Seorang lelaki Sang Hwa, yang sangat menjaga dan menyayangi isterinya. Dapat dilihat dengan cara dia menyelamatkan isterinya no matter what. Sedih! 

 

Filem zombie yang menakutkan aku dengan rupa zombie yang ada. Serius seram! Bayangkan ramai zombie kejar kita seperti gambar di atas. Fuh, tak cukup tanah nak lari! 

Filem ini juga berjaya membuatkan aku sedih dan bergenang air mata di akhir cerita. Pelik kan? Filem zombie tapi sedih. Mesej kekeluargaan yang disampaikan sangat menusuk hati dan perasaan. 

Walaupun akhirnya yang hidup hanya dua orang, tapi aku suka endingnya. Aku berharap agar ada keajaiban berlaku kepada Seok Woo, tapi sayangnya tidak. Dia sudah dijangkiti dan harus mati. Sedih masa ni!! 

Seperti biasa, aku suka kebanyakan drama Korea kerana jalan ceritanya dan kali ni pilihan aku tepat untuk menonton filem zombie dari Korea. 

Rating aku : 4.5 / 5 

Sekian saja review peribadi aku mengenai filem ini. 

Selamat menonton semua =) 

8 comments:

  1. awat x ajk! g tgk sensrg plak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ingatkan saya sorang je yang cuti semalam. Kiki.

      Delete
  2. dah tengok berapa hari lepas, tapi kita download je. hee. btw mmg best & rasa part kekeluargaan dlm citer ni. kita pun sama harap keajaiban berlaku dekat seok woo. sobs. paling geram kat coo tu. mmg dia penyebab rmai org jadi zombie, pentingkan diri giler. Geram sbb dia lambat mati. tsk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn! Harap ada keajaiban tapi rupanya takde. Huhu. Sedih masa dia mati tu.. Betul, coo tu jahat sangat. selfish gila lah.. Nasib baik mati last sekali, kalau hidup, mula rasa tak puas hati dengan filem ni. Best filem ni sebab masih ada moral of the story walaupun kisah zombie..

      Delete
  3. dah tengok cerita ni. memang best sangat. kesian orang depan masa tengok wayang ni. hehehe. kena tolak2 dengan kaki . hahah punya lah semangat tengok train to busan. COO Yon Suk memang berjaya lakonkan watak. seolah2 mcm dia memang sangat2 pentingkan diri sendiri dalam dunia sebenar. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Bersungguh awak tengok sampai tolak2 kerusi depan. Semangat kan tengok filem ni. Dari mula hingga ke akhir, best je rasa. Bab COO tu memang sakit hati betul dengan dia. Kira dia berjaya lakonkan watak tu sebab kita rasa nak bunuh dia dalam cerita ni. Hehe.

      Delete
  4. Best.. Kaklong pun nanges..
    Masih tak dapat move on pasal heronya mati..
    Bagus juga ending macam ni. BAru la real.. (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan ada miracle for hero tapi tidak.. betullah kan kak long. baru nampak real ceritanya.. Pasni tengok drama korea pulak eh kak long.. welcome to korean drama world :D Hehe

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife