Upside Down House Melaka

instalife

September 01, 2016

Upside Down House Melaka

Hello semua!

Melaka adalah satu negeri di Malaysia yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Kalau pergi Melaka masa hujung minggu dan cuti sekolah, pasti "menyumpah" dalam hati, haha, dengan kesesakan jalan raya dan keramaian orang di mana-mana. 

Tapi masih kita akan pergi ke Melaka. Macam aku. Hee. Cakap Melaka crowded bla bla, tapi pergi jugak! 

Banyak tempat menarik di Melaka selain daripada bangunan sejarah. Antara tempat tarikan di Melaka adalah The Shore Sky Tower (<< klik untuk baca kisah di sana ).

Tempat tarikan kedua di Melaka yang aku nak kongsi hari ini adalah: 

UPSIDE DOWN HOUSE MELAKA 

Galeri rumah terbalik ini terletak di Bandar Hilir Melaka dan menjadi tarikan pelancong dan rakyat Malaysia sejak ia dibuka pada bulan November 2014.

Rumah terbalik nama diberi kerana semua peralatan dan hiasan dalaman disusun terbalik. Semuanya melekat di dinding atas dan kita perlu mengambil gambar dengan posisi yang betul bagi menampakkan ianya dalam keadaan terbalik. 

Sesiapa yang tak tahu bergaya mengambil gambar? Jangan risau. Ada staf di sini yang akan ajar anda dan tolong ambilkan gambar jika diperlukan. Mintak je tolong dorang. Dorang sentiasa ada. Friendly tau. 

Jom layan gambar kami beraksi :D  

Tolong jangan pening ye. Hehe. 

Bilik kanak-kanak

 
Macam hantu pulak gayanya. Hee. 

Versi hitam putih
 
Kebetulan masa ni, ada orang lain di belakang sedang beraksi jugak :D

Posisi lain pula 
 


 


Aku di mana? Nampak tak? Hee
 


Ruang Tamu

 


Dapur

 

 

Spiderman katanya :p
 


Bilik Tidur

 


Bilik Air 

 


Penjuru Rumah

 

Tempat kecil dan ramai orang. Kalau pergi sini, pandai-pandailah beratur. Take turn nak ambil gambar. Kami tak ambil gambar di ruang makan. Masa tu, orang dah ramai. Malas nak beratur. 

Jika ke Melaka, jangan lupa singgah di sini dan ambil gambar pelbagai aksi okay. Lagi pandai korang bergaya, lagi cantik gambar. Bagi aku, harga agak mahal sebenarnya dengan tempat yang kecil dan tak banyak benda pun nak buat, tapi bolehlah untuk merasa sekali. At least, pernahlah pergi :D 

Maklumat lanjut dibawah:

Masa operasi : 
10 am - 7 pm ( Isnin - Khamis ) 
10 am - 9 pm ( Jumaat - Ahad / Cuti Umum ) 

Alamat: 
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka, Melaka. 
( di deretan rumah kedai 2 tingkat di belakang Hotel Seri Costa ) 

No Phone : 011-10722260 

Harga tiket: 
Dewasa : RM15 seorang
Kanak-kanak (<12 tahun) : RM10 seorang
Warga emas (>60 tahun) : RM10 seorang 
Kanak-kanak rendah < 90 cm : Percuma
OKU: potongan harga 50% daripada harga asal


Selamat beraksi (-‿◦)


Photo A Day Challenge #1 -Art

28 comments:

  1. Mcm rugi jekkk mek tk pegi hr tu 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yeke mek.. Jauh lagi kalau nak pergi ni.. Huu. Takpelah. Nanti ada peluang ke Melaka, mek pergi ye 😊

      Delete
  2. Tak pernah jejak lagi.wuuu.best!

    ReplyDelete
  3. Wahhhh, best2! Tak pernah sampai rumah terbalik lagi, tapi pernah pegi 3D museum, ala-ala camni jugak. Pandai cari angle gambar, memang jadi la action tuu. Hehe kalau rumah terbalik ni, kalau dpt buat tudung seakan2 jatuh (due to gravity), bertambah2 real kannn. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa hanis, bagus idea tu!! Kalau hanis pergi nanti buat tau yang macam hanis cakap ni. Confirm lagi real gambar tu 👍😍

      Delete
  4. cantik... pndai org yg ngambik gambo n beraksi... hehehhe
    tp gambar itam putih atas almari tu nampak mcm seram gtu hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Akak nampak kan saya? Kiki. Buat hitam putih agar nampak seram kononnya. Yes, akak rasa jugak keseraman tu 😂😂

      Delete
  5. yui tgk pening..hahaha. tp best je tu kan.

    ReplyDelete
  6. Huwaaaaa sini pown tak pergi ritu.. Tatawwwwwww.. adoiii.. len kali lak laa.. Adesss..!! ruginyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa lea pergi jugak eh. Sekali dengan The Shore tau ❤️

      Delete
  7. Replies
    1. Sila sila. Best jugak ambik gambar gini 😁

      Delete
  8. tak penah jejak lagi walau dah banyak kali balik Melaka T_T tapi kalao ramai org mesti penat nak tunggu turn bergambar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mommy. Penat kalau ramai orang. Masa siqah pergi hari tu, mujur masa nak balik tu baru start ramai. Kalau tak, masak jugak nak tunggu turn. Malu pun ada jugak kalau kita ambil gambar, org tengok. Hehe 😁 kalau mommy pergi nanti, baik pergi awal pagi..

      Delete
  9. i orang melaka, tapi tak jejak lagi tempat ni, hehe. Nanti cuti nak pergi lah~ :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa orang melaka tak pergi kawasan melaka. Orang luar yang bersungguh nak pergi. Hehe. Nanti bila2 ieyra boleh pergi ek :D

      Delete
  10. wow mcm best je.. 2 tahun lalu g Melaka geleri ni x buka lagi.. rugi2.. best blh pulak ambil gambar kat dalam, kalau kat sabah rumah terbalik x blh bgambar kat dalam, luar2 je blh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo baru tahu galeri kat sabah boleh ambik gambar kat luar je.. Pulak ek camtu? Haah dear, best jugak pergi tempat camni. Beraksi kononnya. Hehe. Nanti kalau ke melaka jangan lupa singgah tau :)

      Btw, tq follow siqah.. Siqah follow unni juga ye. Keep in touch =)

      Delete
  11. menarik
    pandai ambil gmbr nmpak mnjdi sampai ciksu pon pening dah..
    melaka dh ade. tak yah g sabah lah erk.hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang ajar cara ambil gambar. Tue yang boleh nampak menjad gayanya. Hihi.

      Hee. Sabah jauh sangat. Pergi yang dekat jela :D

      Delete
  12. Gaya dlm bilik kank kanak tu semua menyeramkan lah siqah...hahaha


    Seronok jugak ya..lain kali kalau p melaka bleh la bookmark rumah terbalik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Bilik kanak-kanak tapi salah gaya pulak dah. Menyeramkan. Hihi.

      Boleh zety nanti pergi sini ye kalau ke Melaka. Merasa sekali sudahlah. Hii

      Delete
  13. Saya ni posing macam kayu, pastu ramai2 pula lagi la jadi kayu, hahaha rugi2.

    ReplyDelete
  14. Macam best je ni. Kena masuk dlam list ni

    ReplyDelete
  15. Wow. Sudah ada rumah terbalik. Dah lama tak pergi melaka. Last 2003.

    ReplyDelete
  16. ni yang buat rindu kat melaka nih..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife