Best App For Book Lovers

instalife

September 08, 2016

Best App For Book Lovers

Dear all ~ 

 

Topik hari ni mengikut Photo A Day Challenge adalah Reading. Tapi aku tak nak bercerita mengenai buku. Aku nak berkongsi satu aplikasi untuk "Book Lovers" iaitu.. 

Goodreads 

 

Aku tahu mengenai aplikasi ni pada bulan Disember 2015 daripada seorang kawan yang juga merupakan seorang kaki buku yang tegar, Azma.

Peringatan. Ini bukan aplikasi untuk buku percuma tau. 

Bila dah diperkenalkan, terus download dan terasa aplikasi ni best! Sebab apa best? Haa jom kita tengok sebabnya.. 

Akaun Aku 
 
Sign Up dan boleh berinteraksi dalam ni. Kalau sesiapa yang dah ada akaun, jom kita jadi kawan di Goodreads :) 

Currently Reading, Read, & To-Read
Currently Reading : yang aku sedang baca sekarang. Boleh update progress. Suka update progress sebab kadang-kadang penanda buku aku terkeluar daripada buku. Lepas tu, dah tak ingat baca sampai page berapa. Di saat begini, aplikasi ini penting. Boleh rujuk kembali. 

To-Read : berminat untuk dibaca. Senaraikan dalam ni agar senang nanti nak beli buku baru. 

Search
 
Boleh search apa saja buku dalam ni. Boleh dijadikan panduan kalau nak beli buku baru juga. Aku suka cari dulu di Goodreads. Baca review orang dan bila puas hati, baru beli. Cuma pendapat masing-masing berlainan kan, jadi ikut kata hati sudahnya sama ada nak beli atau tak.  

Dashboard
 
Home or Dashboard. Kat sini boleh dapat cadangan mengenai buku popular sekarang dan boleh tengok aktiviti kawan-kawan. 

Reading Challenge 
 
Yeayyyy! Ini best! Reading Challenge. Dengan adanya Reading Challenge ini, aku bersemangat sikit untuk membaca buku. Walaupun baca buku ikut mood jugak sebenarnya. Hehe. 

Aku hanya letak 15 buku untuk tahun 2016. Itu pun gigih nak lengkapkan! Hehe! Sekarang baru baca 11 buku. Ada lagi 4 buku perlu dihabiskan dalam masa 4 bulan. Boleh buat! Yakin! =D

Friends' Challenges
 
Cuba tengok kawan aku berdua nie haa! Jumlah buku yang sudah dibaca. Jauh lagi aku nak sampai jumlah yang sama. Mereka berdua kerja membaca je ke? (-‿◦)

Sekian saja sebabnya. Hee. Agak-agak lepas korang baca ni, ada yang berminat untuk download aplikasi ini? Kalau ada, boleh buat akaun dan be friends with me okay =) 

That's all for today 。^‿^。

Photo A Day Challenge #8 - Reading

18 comments:

  1. ooo bagus juga app ni yer.. boleh try la nanti.. mmg semua buku dia berbayar ke cmner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku kena bayar sendiri. Apps nie untuk track buku je nanye 😅

      Delete
  2. mula-mula akak ingat goodread ni kitaboleh baca buku online tapi bukan rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bukan kak. Kalau apps buku namanya wattpad tak silap. Yang apps siqah share nie untuk track buku je =)

      Delete
  3. Boleh cuba Wattpad.. Free books. Cuma satu masaalahnya, tak semua English novel yang menggunakan bahasa English dengan sempurna. Akan ada a few bahasa yang errow, past and present tense ada yang betul dan salah.

    Tapi, cerita dalam Wattpad ni banyak yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa wattpad. Siqah pernah guna wattpad. Tapi siqah tak berkenan dengan novel yang ada dalam tu. Lagipun tak suka sangat baca novel kat phone. So dah uninstalled. Hee

      Delete
  4. Wow. Bnyk jugk tu dh bace. Mek bru je bce satu thun ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Macam tahu je tajuknya apa buku yang satu itu 😁

      Delete
  5. wahhhhh...baru irda tahu ada aplikasi macam ni..macam menarik sangat.tahniah dear sebab jadi pembaca tegar..irda ni ha.terkulat2 nak habiskan buku 12 bijik dalam 3 minggu..kadang2 selalu tak habis..huhu...nak juga download tapi takut tak empat nak update,kadang2 irda baca dalam tren nak g keje..sekarang xdan nak baca pulak..tapi tq tau siqah for sharing...good dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda baca buku sekali sekala kan. Takpe. Sebab irda sibuk. Kalau ada masa, ada jugak nak membaca :) My pleasure dear. Sharing is caring kan, hehe =)

      Delete
  6. kite br install siqah. hopefully bersemangat sket nk abes kan. sya baru appointed as editor, nak x nak kene rajin bace balik. skills dah berkarat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Harap orked semakin semangat nak habiskan pembacaan :D As editor for what orked? nak tahu jugakkkkk :)

      Delete
  7. saya pun baru tahu pasal goodreads. yg tak bestnye, saya dah beli buku awal, pastu baru baca review kat goodreads. dah jadi hambar sikit nk habeskan baca buku tu. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! HIgh 5! Siqah pun pernah macam tu jugak. Mulalah lambat je nak habiskan buku kan. Sekarang, baca dulu review di goodreads dan baru decide nak beli ke tak buku. Hehe. Walaupun kadang-kadang, lain orang lain pendapat tapi duk percaya jugak goodreads's review :D

      Delete
  8. sepertinya bagus juga ni aplikasinya ... boleh try nanti

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Hye.. salam perkenalan dari akak..
    Bolehlah friends..
    Akak pun ada juga akaun di goodreads nie..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife